"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Monday, January 30, 2012

Butterfly Rainbow Cupcake

Assalamualaikum...selamat sejahtera.....puas dah dok "ngendap" blog Kak.Ita...jadinya...terbuat lah 1 resepi dari dpur yg comel tu.... tp tu la dia kan...x la cntik sngt mcm butterfly K.Ita...nak buat camne tangan kurang seni skit bab² nak decorate kek nie....tp kalau tang apam... insyallah boleh......:)

Nie lah hasilnya bila selesai keje di dapur smlam petang..... anak² teruja skit..sbb ada butterfly tang atasnya... kira jadilah kan rama² tu...bila kakak bertanya " mna ibu beli rama² ni ? " hehehe... kira nmpk mcm rama² la tu kan ?? 


tq pada Kak.Ita kan...sbb share resepi cuccake yg comel nie .... so..sy share lah resepi kat cni ye ...:)

Resepi :-

Sumber - Kak Azlita Aziz
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis * syifa pakai 1/2 cwn
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu biik

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama

jadinya..pada yg nak mencuba... nak tgk butterfly Kak.Ita yg comel tu....boleh jengah di SINI ye... pun ada ajar camne nak buat rama² tu n topping atasnya... 

Selamat mencuba..


Sunday, January 22, 2012

Petua untuk kuruskan badan

gamba pinjam

jumpa 1 artikel yg sy rasa amat menarik utk dikongsi di sini...menarik x menariknya...anda bacalah sendiri ye...artikel berbunyi begini :- 

1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang  mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur.

2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doctor. Ada banyak risikonya.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan.

5. Banyakkan minum air mineral.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai Contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari:

a)      10 minit untuk setiap sesi.
b)      Buat 10 minit di waktu pagi
c)      10 minit pada waktu tengahari
d)     10 minit sewaktu petang.

10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
mudahkan ? nak kurus....cubalah... x rugi pun............:)

sumber : ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA

Friday, January 20, 2012

Watermark - syok ... !!

nie dari tadi dok layan buat watermark....skali dah dpt "tiun"nya...mcm dok ketagih sudah nak buat watermark...syiok....:)....almaklumlah.... bru dpt photoshop....klau x digunakan...nak buat apa dok tersimpan dlm laptop nie kan..... saje nak tunjuk bakat yg x brapa nak ada....:)

meh layan tgk watermark yg siap dibuat hari nie saje...sbb terlalu teruja.... moh layan ....


cun x kat atas nie ?? gambar ambik kat google je...x brapa nak pandai lagi nie wat gambar cam doodle tu... kira ok la kan....

yg nie..tuk my bizz nya watermark...ntahlah...cam x brapa nak best jer tgknya....kene touch-up balik lah kasi cun.... x brapa bekenan lak tang tulisannya tu....

last sekali gambar 3 beradik bawah nie....kasi tukar tulisan... yg asalnya gamba bwah skali tu...


yg nie watermark 1st sekali ku buat- kat bawah nie....yg nie 2 mnggu lepas punya keje..

kira ok la kan.... ok x ok pun... boleh lah...jnji ada... 
^__^


Cuci cuci mata....

meh ler tgk koleksi apam² nie.....antara collection 2011 nie....jemput cuci mata eh....

cstmer Bt Kikir tempah....dlm 400 pcs...kenduri Aqiqah anaknya...


nie cstmer dri Gemencheh...dlm 500 pcs...tuk kenduri juga..


nie...adik tempah- kenduri Aqiqah anaknya kat Merlimau - 300 pcs ++

return cstmer dari Kuala Pilah....

itulah dia antaranya...sape nak tempah boleh meseges kat FACEBOOK eh... ok slamat jamu mata, BERMINAT nak order... boleh RUJUK SINI ... tq.


Thursday, January 19, 2012

roti jala cicah kuah durian.

letak gamba lah dulu......


1st time makan roti jala cicah kuah durian...bolehla...tp lgi sdap sbnarnya cicah kari..lgi pedas....dpt terima kat anak tekak....my girl pun x brapa nak mkan.....len kali kene wat cicah kari lah....diaorng pedas-pedas bru nak mkan....layan kan jerlah.....

jemput jamu mata eh....:)
:
 :

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

sy blogwalking..dan terjumpa lah satu n3 yg sy rasa amat menarik...x nak kehilangan linknya...maka sy copy kat sini...sbgai panduan dan teladan utk semua....


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

wallahu'alam.....

sumber : SINI 


Tuesday, January 17, 2012

PAU inti KACANG


x nak banyak cerita...nie hasilnya first time buat pau....ada yg kecik ada yg besor....dok sama saiz gitu...huhuhu...


resepinya ambik kat : SINI .... pada izzah..izinkan sy share ye kat blog sy nie...:)

Resepi :-
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)

1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
110ml air sedikit suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam

inti secukupnya
kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit2 supaya x terlembik ye..

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.
selamat mencuba pada yg teringin nak buat....^__^



Friday, January 13, 2012

Ahmad Bukhari kene Pekong !!!!

Ahmad Bukhari namanya diberi...nie anak buah...anak adik yg no.4...cucu mak yang ke-5 baru....ceritanya berlaku malam ke-2 kenduri tahlil hari tu...Bukhari nie menangis begitu lah hebatnya....nak kata kembong...segala macm minyak dah sapu...segala macam teknik dah buat utk baby yg kembong....tp dia still melalak lagi...smpi kan neneknya trus jumpa Imam yg kebetulannya dah nak blik mlm tu....
:
Selesai jumpa imam....alhamdulillah...berenti sekejap sahaja nangisnya.....x lama lepas tu..sambung balik...smpi ke nangis yg dah x de suara....mak takut dia kene sawan je...tp alhamdulillah....berkat guna teknik nie....mcm gambar kat bawah nie :-

AHMAD BUKHARI B MOHD KHIR


Nie namanya Pekung.....mak kata ni cara masyarakat Banjar dulu di kg (Bagan Serai, Perak) arwah nenek tdokan anak² nya smpi le ke anak cucu yg kuat menangis....x terkecuali me too....:) mak pernah buat mcm nie kat sy dlm keretapi lagi...mak kata masa tu sbb asik menangis....perjalanan jauh pulak tu...dri Perak ke N9....jadinya...mak buat buaian mcm nie dlm keretapi.....dan kebetulannya mak kata ada omputeh lalu pulak time tu....omputeh tu boleh benti tgk kjp smbil kata menakjubkan n boleh mati mcm tu....
:
apa² jerlah....tp pada yg x pandai x boleh ler buat mcm nie ye....x digalakkan...! , Cara kat atas tu pun bukan mak yg buat...tp sorang pak sedara yg buat....nmpk mcm kesian kan....tp sebenarnya lepas dia kene PEKUNG mcm tu...dia senyap.....terus tido lena mlm tu....alhamdulillah ler.....
:
Jadinya...pada anda yg nak buat pada anak....jgn berani² cuba ye....sy hanya tunjuk teknik orng dulu...x menggalakkan pun ye....! 
:
jumpa lagi.....^__^


Monday, January 9, 2012

Amalan Terbaik Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

tq google

Amalan Terbaik Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal :-

Setiap yang hidup pasti akan mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

Baginda bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

-Hadis Riwayat Luqman Hakim pula :-

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia supaya mereka tenang disana....

wallahualam.....


Thursday, January 5, 2012

Di sini Abah disemadikan......

Assalamualaikum....selamat pagi....pagi yg indah nie...masih lagi ingatan pada arwah abah ttp dlam ingatan...mmg tdk akan lenyap smpi bila².....Arwah Abah mmg akan sentiasa terpahat dlm ingatan...x kan ada galang gantinya...AL-FATIHAH.....

Gambar-gambar yg disertakan disini, juga sbgai peringatan buat kita yg masih hidup...meyakini bahawa mati itu pasti..! itu janji Allah s.w.t terhadap hambanya....sudah siap sedia kah kita utk menemui YG MAHA PENCIPTA ?? wallahulam.....
Gambar ini sekitar hari pengebumian arwah abah....pada 27 Disember 2011...sekitar jam 10.00 ke 11.30 pagi...terima kasih pada Pak Tam - Zulkifli Jelani ( Lamaque Pictures) utk photo² ini.....

abang dan adik beradik...mengiringi jenazah.....

Disini arwah abah disemadikan.....

tiada kata lagi yg mampu diucapkan ketika ini...hanya doa sahaja dari Anak yg soleh....insyallah.....


Abang yg sulung...


Adik ke-3..( bwah sy) orng yg paling tabah....

Adik ke-4, nmpak tenang.....tpi dlm hatinya...Allah s.w.t yg maha mengetahuinya...

Adik ke-5 disebelah abang yg sulung.....bnyk pengorbanannya.....

Adik ke-6 (moto depan) dan yg ke-7 ( bru berumur 10 thun) dibelakangnya....sedih x tahan.....

Arwah abah beruntung punya 6 anak lelaki ( sy sorang saje prmpuan)..."abah tau...anak-anak abahlah yg memandikan....mengiringi jenazah abah...dan mengkebumikan jenazah abah....., Abah...semoga rohmu tenang diasana...kami anak-anak...akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian abah disana...kami tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan abah membesarkan kami 7 beradik...., kami akan ingat sampai bila-bila....., kami akan jaga Mak yg tinggal....tenanglah abah disana....insyallah kami akan jadi anak yg soleh dan solehah...semuanya atas didikan abah"......AL-FATIHAH....


Monday, January 2, 2012

Abah pergi buat selamanya.......

Assalamualaikum.....diruang blog kecil ini, ingin rasanya sy maklumkan, bahawasanya.....Ayahanda sy yg bernama Mustaffa bin Hj Ramli, pada usianya 58 tahun, telah pulang ke Rahmatulluh pada 26 Disember 2011 bersamaan 1 Safar 1433 H, pada hari isnin. Arwah abah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.10 p.m, di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung....

Inilah satu² gambar terakhir arwah abah.....menahan sakit...derita yg ditangung...hanya abah yg tau...sehinggalah ke hembusan nafas terakhir abah, wajahnya amat tenang...seperti tdk pernah mengalami sebarang penyakit......semoga Roh Abah ditempatkan dikalangan orng-orng yg beriman.....Insyallah....sy sebagai seorng anak, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah Di 'Sana', Insyallah.....



AL - FATIHAH 


 
p/s : terima kasih pada yg sudi sedekahkan bacaan Al-Fatihah utk arwah abah sy....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...