"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Tuesday, July 2, 2013

Kek Coklat Moist ~ kukus

Satu lagi resepi kek coklat yang mungkin harus dicuba, buat penggemar2 kek coklat...

ini adalah versi kukus...mmg moist sangat2...

sudah habis...sebabnya buat di bulan lepas...baru nak tayang bulan nie...( mcm lama pun haaa..julai baru hari ke 2)


bajet bagos !! harus ambik gambar makanan dalam keadaan yg cun !

baru mantap...walaupun sesi mengeshoot dah hilang skill...!


Resepi kek ni sy share dari blog Ros @ jintanmanis...bnyk resepi kek yg sedap kat c2 ye...mohon share juga di sini ye Ros....:)

Sumber resepi :  rosmarlina@jintanmanis.com 

Resepi 

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Untuk topping ~ syifa x buat...just guna lebihan cream ciz masa buat Red velvet hari tu...banyak lebihnya...sebab kek ni dibuat selang sehari habisnya rvc itu....jdi creamnya elok lagi tau...

Anak2 suka...ok je....

nak cuba silakan....selamat mencuba...


8 comments:

che mid said...

Salam kenal dari Che Mid. Nampak sedap kek tu.. kukus lagi senang dari bakar kut kan..

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak tak payah topping Syifa sebab kalau ada toping pun kakak asingkan. Anak-anak memang sukalah toping dia kan..

Anonymous said...

yang ini KA mmg suka sgt !

Sweet red cherry said...

kek coklat ni dalam versi bakar atau kukus memang sedapkan..apalagi kalau ada toping di atas memang x berenti makan..

fazianbatrisyia said...

kalau tinggal makan lagi sedap...lama gak tak buat kek coklat. tunggu anak2 mintak kot...nanti buat ibu dia jek yg makan...

Unknown said...

anak2 knah suka ni..knah selalu bakar je..xpernah kukus lg =)

AhliaSaleh said...

Salam asyifa..yummy sedapnye topping cheese tu letak di kek coklat.

Unknown said...

sedapnya... tq share... sharing is caring!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...