"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Wednesday, July 31, 2013

ww

Image wasap dri adik.....selingan di opis alkisahnya....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 26, 2013

Penawar Sakit tekak atau batuk

Assalamualaikum,

Salam Nuzul Al-Quran

Just nak share apa yg terjumpa di fb, insyallah ada manfaatnya jika dikongsi bersama

petua la ni...kiranya penawar untuk sakit tekak ataupun batuk


Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak dan batuk,

Hirisan buah lemon + hirisan halia dicampur bersama dengan madu asli ke dalam balang

atau bekas bertutup, dan simpan di dalam peti sejuk.

Ia akan menjadi likat seperti agar-agar.

Tahan sehingga 2 3 bulan.

Cara untuk diminum  :  masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.



Sunday, July 21, 2013

Agar-agar Milo Oreo

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu, hari nie saje ler nak tepek gamba dessert yg tengah hot dipasaran skrng nie kan...

Orang kata sedap...rugi kalau x dicuba kan....tp mmg sedap la bak kata bebudak nie...mmg heaven gitu !

Sepatutnya nak lapis bawah tu sekali, tp dek kerana dah petang sangat membuatnya, kerje lain plak bnyk...makanya dua lapis gini je lah yg sempat...


Resepi yg best nie..harus ler disimpan...buat panduan juga utk satu hari nanti...., utk resepinya terima kasih pada owner nya Along Roz, mohon share juga ye resepinya di sini...

By: AlongRoz@HomeKreation
Di try test : Syifa

Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:

1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.Masukkan gula & masak sehingga gula larut.Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Nak tau camne rasanya...silakan cuba...pasti x rugi....:D


Thursday, July 18, 2013

Puding roti jem blueberry

Assalamualaikum.

Best cuaca pagi nie...mendung + sejukkkk...nyaman jer.....sahur pagi tadi pun ditemani hujan...:)

Line tenet hari nie ada sikit semput daa...kejap ada kejap x de..dah serupa macam cuaca jer...Ok, x yah nak bebel panjang2...hari ni nak share resepi puding roti.

Dah selamat pun dihabiskan, sebab buatnya isnin lepas, Isnin buat...baru hari nie nak up jadi entri...sungguh jadi pekasam sudah picnya...

Tau2 je lah bulan pose ni, bukan termakan sangat roti kan...time membeli kemain...x nak kalah...roti gandum lagi tu yg diguna nie...

Nak membuatnya...senang je.., selalu puding roti biasa tu je kan..kali ni kita sapu jem dulu...:D


bahan-bahan

Roti
Jem ( sebarang perasa, ikut suka lah, syifa guna blueberry)
3 sudu besar mentega dicairkan*
2 biji telur *
3 cawan susu segar/full cream * ~ ikut bnyk mana roti ye..!
1 sudu besar tepung jagung*
5 sudu besar gula halus*
1 sudu kecil esen vanila.*

Cara-cara :-

Sapukan jem pada roti, kemudian digulung, dan susun dalam bekas yg nak dibakar.
Satukan semua bahan yang bertanda * ke dalam bekas, kacau guna whisk je.
Tuangkan adunan bahan tadi ke atas roti yg siap disusun.
Biarkan seketika dalam 15 ke 20 minit supaya terserap.
Bakar pada suhu 170 darjah  selama 30minit.
Sejukkan..siap utk dihidang


Kat rumah nie guna sos coklat ready made jer...pun sedap...! makan camtu pun sedap gak....:)


Wednesday, July 17, 2013

WW ~ Kurma dan Ramadhan...

Assalamualaikum

Ini kurma kami....kotak yang ke 3 sudahhhh....


sy suka kurma yg begini.

antara khasiat kurma.....bacalah di gambar bawah ni...

perkongsian dari fb

semoga bermanfaat......:)


Tuesday, July 16, 2013

Agar Agar permata ~ macam kak lina pg..

bukan nak bagi terliur di bulan puasa ni...

sekadar berkongsi resepi...


sedap sebagai dezet yg agak simpel juga, 

kaler2 tu...orng kata macam bagi menarik la utk dimakan....anak2 pun nak makan...tgk macam best jerrr...

tp mmg best pun...lepas buka..ini je yg duk diulang makan....sampai la habissssss...

thx pada K.Lina sudi share resepi ni, mohon copy juga resepi di sini ye kak....:)


Sumber : Kak Linapg
di try : asyifa

Bahan-Bahan

10g agar-agar serbuk
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1sk esen vanilla
Beberapa Pewarna kegemaran

Cara-Cara:

Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler)
Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru
Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
Sejukkan dalm esbok.


sudah habis...!!


Monday, July 15, 2013

Ayam Panggang Rosemary & Lemon

Assalamualaikum,

Hari nie nak share resepi ayam panggang yg memang sedap, dan paling penting..senang dimasak ! main campak2..lumur2...sumbat dalam oven...siap !!! semudah abc....:D

Tak payah dah nak basuk kuali...basuh sudip bagai....senang kan...kalau boleh...memang hari2  nak masak lauk yg mcamni...tp larat ke tekak nak nanggungnya...? 

Resepi ni, ambik dari dapur Mamasya...dah berbulan dah perap resepi nie....baru sabtu lepas dapat merealisasikan kat anak tekak...wangi bau lemon pun bestttt sangat !


Tak dan nak posing bagai dah ayam nie...main snap je ha...

Ayam sy x gunakan sampai sekor sebenanrnya...ambik dalam 6 ke 7 8 9 ketul gitu...pastu..lumur2 je semua bahan perap tu..

Tp terlebih perahan lemon...bila da ujung2 nasi makannya,...anak2 ckp masam...hahaha....nak buek camno...lemon mmg sebiji guna..hanya utk suku ayam.........:D 

sebab wangi lemon tu...tu yg x beringat perahnya....hehehe...tp sedap juga....

Untuk resepinya...sy copy ye Mamasya, ....resepi yg  sedap...insyallah akan dibuat lagi....

Sumber resepi : Dapur Mamasya
Di test : AM

Bahan2 : 

1 ekor ayam - dibelah 4 
5 ulas bawang putih - direbus 
1 inci halia - disagat 
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam 
2 kiub ayam - mama letak 1 sj 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil 

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak 
3 biji karot - potong kecil2 memanjang 
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 : 

1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. 
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat. 

Tak sempat juga nak membuat sosnya + sos lada hitam pula lupa nak dibeli...


Cuba la sendiri eh kalau nak tau kesedapannya....:)


Tuesday, July 9, 2013

Shepherd Pie Daging yang simpel


Menu yang dah pun habis, last week buatnya...

1st time membuatnya...alhamdulillah...tdk mengecewakan....sebab habis begitu sahaja ! hehe

senang je nak buat ~~ follow resepi...insyallah jadi...

cara mudah step by step boleh refer kat blog Ana ni,

atau kalau nak resepinya....sy copy dari blog Kak.Ummi dan sy tepekkan di sini ye..

ikut la mana2 yg anda rasa nak cuba ye...., mohon share resepinya ye kak.ummi...


Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar ~ syifa guna daging jenama ramly, dah siap kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang (akak xda stok) ~  syifa x letak
8 biji cendawan butang (dibelah 4) ~ syifa x letak
5 biji tomato masak (dipotong dadu) ~ syifa x letak
1 batang lobak merah (dipotong dadu) ~ syifa x letak
1 pokok daun parsli (dicincang)
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam - 
1 kiub stok daging ~  syifa x letak
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
** untuk sayuran ~ syifa gantikan dengan sayur campur**

Cara Memasak Inti:-

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...



Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (atas syifa letakkan kepingan cheese saje..).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

sape2 yg ada buku resepi chef hanieliza....bole bukak terus m/s 285...follow c2 je...lagi senang...:D


cepat dimasak...sedap dimakan !!!

:D


Tuesday, July 2, 2013

Kek Coklat Moist ~ kukus

Satu lagi resepi kek coklat yang mungkin harus dicuba, buat penggemar2 kek coklat...

ini adalah versi kukus...mmg moist sangat2...

sudah habis...sebabnya buat di bulan lepas...baru nak tayang bulan nie...( mcm lama pun haaa..julai baru hari ke 2)


bajet bagos !! harus ambik gambar makanan dalam keadaan yg cun !

baru mantap...walaupun sesi mengeshoot dah hilang skill...!


Resepi kek ni sy share dari blog Ros @ jintanmanis...bnyk resepi kek yg sedap kat c2 ye...mohon share juga di sini ye Ros....:)

Sumber resepi :  rosmarlina@jintanmanis.com 

Resepi 

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Untuk topping ~ syifa x buat...just guna lebihan cream ciz masa buat Red velvet hari tu...banyak lebihnya...sebab kek ni dibuat selang sehari habisnya rvc itu....jdi creamnya elok lagi tau...

Anak2 suka...ok je....

nak cuba silakan....selamat mencuba...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...