"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Thursday, August 28, 2014

Bersediakah kita ?

~~Sekadar perkongsian....~~

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

Kita terus bertanya siapa yang meninggal? 

"sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Dialah jua kita kembali."

Bagaimana jika berita itu, khabar kematian kita sendiri?

Saat itu ramai yang sudah berkumpul di ruang tamu. Dalam sedih dan sendu, penuh terharu. Kita dengar dan lihat saat itu..tapi hanya terbujur kaku..menepis lalat pun tak mampu..

Jenazah sedang dikafankan. Bau kemenyan, kapur barus, air bidara dan serbuk geharu saling menusuk deria hidu. Alunan syahdu surah Yasin menambah kesayuan yang membadai di pantai hati yang terharu. Kita mengeluh : " Aduhai inilah kesudahan buatku"

Tugas mengafankan sedang disempurnakan oleh beberapa orang di sebalik tirai kusam. Siraman air satu persatu dihitungkan. Aggotamu di wudhukkan dan dimandikan penuh sopan. 

Sanak saudara mengaji sambil menyeka air mata. Mata-mata yang memerhati dari tadi tidak dapat menahan tangis mereka. Semua tetamu mendiamkan diri, bertafakkur, berkongsi kesedihan dan mendoakan sesuatu. 

Mati....Kehadirannya yang pasti
Tiada siapa dapat menghindari 
Setiap hari pasti ada yang pergi
Pergi takkan kembali lagi..

Sakratul maut....pertarungan yang sangat hebat. Hela nafas terasa berat dan sendat. Sejuk tubuh terpancar urat-urat..nyawa dicabut ke negeri akhirat..

Selepas itu tiada lagi suara yang berbicara dan tiada lagi cahaya di ruang mata.. tiada lagi gelak tawa..tinggal semua harta dan kemegahan dunia..

Mati...sebuah perpisahan bagi segala pertemuan. Permulaan musafir kehidupan akhirat yang hebat. Siapa sedar ia sebuah permusafiran yang jauh dan takkan kembali

Mati.. datangnya mungkin serta merta.. tanpa sebarang nota dan tinta. Menyapa siapa sahaja.. tiada lagi peluang ibadat..fardhu , sunat mahupun qadha..walau tagis seribu tahun..tiada lagi peluang kedua. .

Aku ingin rukuk! Aku mahu sujud! Aku ingin menyembah Tuhanku lagi! Namun saat itu, aku hanya mampu menangis tanpa air mata kerana aku kini sudah tidak ada upaya apa-apa lagi. Kudrat yang pernah dipinjamkan Allah telah diambilNya semula.

Sudah terkena baru terasa..perjuangan hidup yang panjang hanyalah persiapan untuk satu perkara, iaitu untuk kembali kepada Allah dalam rela mahupun terpaksa.. 

“Ya Allah, jadikan umur terbaikku di penghujungnya, jadikan amal terbaikku di penutupnya dan jadikan hari terbaikku adalah hari bertemu denganMu.”

From: Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Copy n paste : Facebook islam itu indah


5 comments:

Knor said...

PALING TAKUT SOLAT KITA ALLAH TAK TERIMA..

lieyalatif said...

ya Allah syifa..entry yg sgt tekesan di hati nie... terus teringat kan amalan2 kite...adakah cukup sempurna, adakah diterima Allah....adakah masa utk perbaiki lagi.... Ya Allah serba ketakutan bile berckp pasal kematian....

Kakzakie said...

Insaf membaca N3 ini walau kakak rasa ini entah kali keberapa dah kakak baca. Terasa kerdil dan tak ada apa kita ni sebenarnya tanpa kasih dan sayangnya...

Rai Ourkizuna said...

entah macam mana pengakhiran kita nanti :(

hainom OKje said...

AM.....andai sampai masa kita....mahu tak mahu kita kena akur....takutnya.... moga kita diakhirkan dengan pengakhiran yg baik. Ptg tadi baru dengar Us Badlishah dlm Imu Fiqh pasal kematian....dimana roh kita setelah selesai dicabut nyawa, sewaktu dimandi dan dikafankan.....insaf...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...