"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, August 5, 2014

untuk perokok !

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Cerita ini sy copy and paste dari facebook. Harap perkongsian ini ada manfaatnya..


Kisah seorang petugas sukarelawan Gaza yang merokok:

Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya

Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi..

Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua..

Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"

Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.."

Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??"

Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. 

* fikir fikir kan lah...*

6 comments:

Sarah Talib said...

Betul sgt la tu...kena bgitau en suami kot2 dia mau sedar skit.

Irfa said...

kita cuma mmpu share, mampu cerita
tp empunya badan shj yang mampu mengubahnya, paksa2 pun nanti depan x merokok, blkng macam engin keta api wap

Knor said...

yes thump up..

Rai Ourkizuna said...

setuju dengan irfa..

hainom OKje said...

Kadang kadang benda gini bila sampai waktunya baru kita sedar ....tetiba terus insaf...

tiga lalat said...

Salam. Hee saya pun tidak menghisap rokok itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...