"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, May 30, 2014

Triffle yang simpel

Assalamualaikum..selamat sejahtera.

Apa khabar? Jap ye...nak sapu habuk sawang segala bagai yang melekat nih! Almaklum la kan...tuan rumah ni...macam dah tak berapa nak nampak rumahnya ni ha....

Ok..! Siap...mari teruskan bebelan....sebab lama tak update...sebabnya...ntah...le..kekurangan masa sebenarnya...yg post pending2 dalam ni pun ayat tak habis2...jadi bila ayat tak habis...save...save..dan save dulu, ...alamatnya...bila dah tertangguh tu...ermmm...paham paham lah kan..:)

Stop bebel bebel !!!

sebagai persedian ramadhan...cewah! Dah tak lama...sebulan je lagi ramadhan bakal menjelma...insyallah... sy nak le share resepi desert yang sedap...enak..pembuka selera di kala berbuka gitu...

Resepi sy share dari blog K.Lina pg ... senang...mudah...nak cuba...? Sila cuba dan buatnya ye....

Jangan tanya sy punya ni...sudah habis menjadi baja...kikiki...


Untuk resepinya...sy share di sini ye...tq k.lina share resepi triffle yg simpel dan best ni.


RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP

by : Lina pg


BAHAN A (Lapisan Kek)

Swiss roll secukupnyaAir dari jus koktel

CARA-CARA:

Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

BAHAN B (KASTAD)

1 cawan rata tepung kastad1/2 cawan gula 1 tin susu cair1 tin air (sukat guna tin susu cair)1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Kristal Jelly)

cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.
Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad



Pada yg nak mencuba...silakan ye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...