"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, March 29, 2016

Buku Riyadus Solihin



Format: Hardcover
ISBN-13: 978-967-366-133-6
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 1072
Berat: 1.30 KG

Harga : RM 120.00 ( Sabah/ sarawak + 15.00)

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. 

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini:

• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

ADA 327 BAB 

REVIEW

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. Satu rumah, satu Riyadus Solihin.


Friday, March 25, 2016

Buku Halal dan Haram dalam Islam



Assalamualaikum

Saya kembali...sebab nak promosi buku...:)

Buku yg amat berharga ni bernilai  :-

RM 100.00

Termasuk pos semenanjung / ss tambah lagi RM 15.00)

Format: Paperback
Saiz: 7" x 10”
ISBN-13: 978-967-411-644-6
Tarikh Terbit: 15 Mac 2016
Jumlah Muka Surat: 896
Berat (Kg): 1.57

Apa istimewanya buku ni ???  Mari lihat isi kandungannya...
         =========================
Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:

Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.

Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:

Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.Hukum harus isteri melayan tetamu suami.Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat.Isu pengharaman kahwin mut'ah.Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya.Isu talak ke atas isteri yang sedang haid.Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.


ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Prinsip-Prinsip dalam Hal Halal dan Haram dalam Islam

Bahagian 2:
Halal dan Haram dalam Kehidupan Islam
Makanan dan minuman
Pakaian dan perhiasan
Di dalam rumah
Pendapatan dan kerjaya

Bahagian 3:
Halal dan Haram dalam Ikatan Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
Aspek naluri
Ikatan perkahwinan
Hubungan suami isteri
Perancangan keluarga
Hak-hak pergaulan suami isteri
Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

Bahagian 4:
Halal dan Haram dalam Kehidupan Muslim
Kepercayaan dan tradisi
MuamalatHiburan dan rekreasi
Hubungan soaial
Hubungan pemerintah dan rakyat

Bahagian 5:
Halal dan Haram yang Berkaitan dengan Amalan Hati

Bahagian 6: Lampiran

Pendahuluan
Surat Al-Allamah Syeikh Ibnu Baz terhadap isu yang berputar di sekitar buku saya, Halal dan Haram
Surat jawapan ringkas kepada Al-Allamah Ibnu Baz
Respons terhadap kritikan Syeikh Al-Albani dalam buku beliau, Ghayatul Maram fi Takhrij Ahadith Al-Halal wa Al-Haram
Jawapan balas terhadap tulisan Syeikh Al-Fauzan
Jawapan terhadap pengulas buku Halal dan Haram, cetakan Darul I'tisomBantahan terhadap komentar Syeikh Abdul Hamid Tohmaz
Penutup
     =====================
Jika berminat boleh hubungi sy di talian 0136693984 (whatsapp/telegram/sms) -syifa.

Ada bnyk lagi buku...bole tgk di web bookcafe...dan hubungi sy utk lebih banyak diskaun...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...