Pages - Menu

Tuesday, August 9, 2011

KUIH GETAS / GAGATAS

Assalamualaikum....selamat nak msuk tengahari dah nie....apa citer pose hari nie..? harapnya lagi best la kan dari semalam...nie nak citer kuih semalam punya buat...smlm x dek masa lak nak post dlm nie...banyk kojer nak dibuat...

kuih semalam sy, mak, ngan mak² sedara n arwah nenek panggil kuih nie Kuih Gagatas , sebab kami pure banjar, tu yg panggil nama tu...kalau orng  melayu biasa nie, panggil kuih nie kuih getas kalau sy x silap.


Nie la kuihnya....ada sedikit yg x besnya...siraan gula sy x brapa nak menjadi....sbb dah lama x menyira...skill tu dah hilang....tu kadang malas nak buat kuih sira²  ni...kuih nie senang je sebenarnya......antaranya :-

Bahan-bahan 

2 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut
garam sikit.
air sikit.
Sikit gula (utk menyira)

Caranya

Campur tepung pulut, kelapa parut dan garam, uli macam nak buat kuih gula melaka tu ye.rupanya mcm nie...


Dah siap uli mcm kat atas tu, bentukkan dia mcm kat bawah nie, leperkan dan potong ikut citarasa.


Dah siap buat mcm kat atas tu. siap untuk digoreng.


Hasilnya selepas digoreng, rupanya akan jadi kuning keemasan mcm di atas, nie sebelum disira gula...bila dah kurang panasnya, boleh lah disira gula....mcm sira kuih keria tu...

Hari nie...menu apa lak ye......jom pikir² .....


5 comments:

Tq sudi meninggalkan komen diblog ini...anda akan saya jejaki...
~syifa~