Pages - Menu

Monday, December 12, 2011

Custard Teacake

Selamat memulakan minggu yg baru...isnin hari nie...semoga lebih ceria dari hari hari yg semalam....sebenarnya nak cerita satu resepi yg agak sedap jugalah....dpt dri dapur Kak Lily......nak buat pun senang.....:)..


Next time insyallah akan buat lagi...tp mybe sy akan tambah sukatan utk castardnya....sbb bgi sy...penyedapnya adalah inti kastard tu......mmg sedap.....alhamdulillah.....:) 

disini sy kogsikan resepi yg sedap nie ye :-

Resepi asal : Ida 1001 resepi ..


Bahan kek :-

125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Custard

1 camca besar tepung custard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-
 
1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
 
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci 
 
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
 
4.  Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
 
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...
 
Selamat mencuba....insyallah sedap..... :)




1 comment:

  1. sedap ye, aritu tgk kat rumah kaklily tapi tengok je, tak terasa nak try pun

    ReplyDelete

Tq sudi meninggalkan komen diblog ini...anda akan saya jejaki...
~syifa~