google sahaja |
“Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha.” Ujar si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. “Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini…!” jawab suami menafikan kata-kata isterinya.
Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.
“Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini.” Berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah terpadam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.
Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Cacat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.
“Tapi, anakku cacat tak punya kaki.” bisik si ibu di dalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. “Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku.” Bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. “Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku…” Dia berdoa sambil menadah tangan.
Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.
“Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak.” Bisik hati si ibu dengan tenang, penuh redha atas ketentuan Ilahi.
“Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya.” bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.
Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila ke pasar, bayi itu dimasukkan di dalam periuk. Periuk itu dibimbit ke sana-ke mari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk meninggalkan kampung halaman.
“Hasan, Ibu ada cadangan.” Ujar si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. “Cadangan apa ibu?” tanya Hasan. “Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal di sana.” Ujar si ibu kepada Hasan. “Elok cadangan ibu tu. Di sana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu…” anak yang lincah dan cerdik itu memberi persetujuan.
Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu di selatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.
Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal di sana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.
“Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap rahmat di bumi Makkah.” Ujar seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.
Kedua beranak itu pun tinggal di rumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.
Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu ke masjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan di atas kerusi roda. Sampai di masjid, anaknya itu ditinggalkan di serambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita di dalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaitu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.
Hasan secara terpaksa menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susah dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.
Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu dengan Hasan. Hasan telah ditemuramah dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. “Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah.” titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. “Alhamdulillah syukur…! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku” ujur Hasan beberapa kali dengan rasa kegembiraan yang tidak terhingga.
Apabila si ibu mengetahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. “Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung di bawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku.” ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.
Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
“Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk menyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir.” bisik hati Hasan. “Tetapi aku cacat…. siapa yang sudi menjadi isteriku?.” Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
“Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada.” tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. “Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?.”
Hasan tak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. “Hasan, Kau ingin mencari jodoh?.” tanya si ibu. “Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat.” jawab Hasan. “Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan.” nasihat si ibu dengan suara yang lunak.
Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh… alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.
Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka’at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
“Ya Allah, sembuhkanlah menantuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. “Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. “Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata “Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang.” sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.
Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya “Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami.”
Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.
Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.
Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa taqwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.
Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan di depan Kaabah.
*Kisah ini dipetik dari buku Siri Bimbingan Mukmin~

No comments:
Post a Comment
Tq sudi meninggalkan komen diblog ini...anda akan saya jejaki...
~syifa~