Pages - Menu

Wednesday, March 28, 2012

Earth Hour Malaysia 2012

Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi, awal pagi nie nak cerita skit pasal earth hour nie, salah 1 projek under Projek Amal Blogger sahaja...sila baca ye. ^__^

Earth hour merupakan satu program kesedaran kepada seluruh manusia dimuka bumi ini supaya mempunyai kesedaran betapa pentingnya sumber tenaga yang ada telah semakin berkurangan, ianya lebih mendidik penduduk bumi lebih menyayangi bumi ini dengan secara tidak lansung melalui program ini..


Sejarah ‘Earth Hour’

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negaramatikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

 Di Malaysia, program ini akan dilaksanakan seperti berikut :-

Program Earth Hour 2012 Malaysia:

Hari: Sabtu
Tarikh: 31 Mac 2012
Masa: 8:00 pm – 9:35 pm
Tempat: Pintu masuk utama, Sunway Pyramid

Aturcara Program

8.00 pm: Ucapan selanat datang oleh pengacara majlis
8.05 pm: Ucapan  CEO Sunway Shopping Malls
8.10 pm: Ucapan Pengarah Eksekutif / CEO WWF Malaysia
8.25 pm: Countdown untuk padamkan lampu
8.30 pm: Lampu dipadamkan
8:35pm: Nyanyian SnL
8:50 pm: Tarian in the Dark for Earth Hour (Musik oleh Air Symphony, orang awam dijemput untuk menyertai)
9:05 pm: Ambil gambar untuk  “60” formation
9:15pm:  Formation “60”  oleh pelajar, orang awam dijemput untuk menyertai
9:25pm: Jurucakap dijemput naik ke pentas
9:29pm: Countdown untuk nyalakan lampu
9.30 pm:  Lampu dinyalakan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman-laman web yg berikut :-

Website WWF Malaysia: Come Join Earth Hour

Perhatian : Anda boleh membeli T-Shirts Earth Hour di Sunway Giza, Tingkat Bawah atau Sunway Piramid Tingkat 1 berhampiran Cha Time bermula dari tarikh 24 Mac hingga 31 Mac 2012.

Beritahu rakan-rakan anda di FB mengenai Kempen Earth Hour ini dengan menekan butang share.


No comments:

Post a Comment

Tq sudi meninggalkan komen diblog ini...anda akan saya jejaki...
~syifa~