Assalamualaikum...salam sejahtera....dah sarapan ? hari sy bekpes dengan cheese cake...dah rasa cam orng barat pulak bekpes mkan cheese cake...hehehe...kira x pelah...janji ada bende nak makan...alhamdulillah....pasal cake tu..nnti jap² lagi lah post n3 tu...skrng nak citer pasal 1 petua nie pulak...msti kakak-kakak n anak² dara kat luar sana semua nak tau kan...especially pasal nak jaga body nie kan....okkat sini sy share kan 1 artikel yg myb bole jadi panduan utk semua, x kira jantina sbnrnya...smua orng bole amalkan...., sila baca dgn teliti ye...:) ~ sy copy paste jer nie....
Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.
Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.
C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

Dah abis baca ?? ke main skip² je baca ? sukatilah......kalau nak badan cam kat bwah nie....rajin² la amlkan ye....
google aje.. |
sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
teringin badan cantik & yg paling penting sihat
ReplyDeletetapi bab jaga makan tu yg lemah tu, tak bila nak ada kesedaran tak taulah
Tina : ye, yg pnting sihat...bab mkan nie mmg ssh sikit...tambah² skrng nie asik nak membaking jer kan...tu masalahnya tu...hehe...
ReplyDeleteAkak rasa la kan, cara pemakanan yg Tina kongsi tu dah diamalkan lama dah. Pagi mkn berat, tghari mkn simple2 je dan mkn mlm awal sebelum pukul 7 mlm. Harap2 akak sihat walaupun berat maintain, montel!
ReplyDeleteKak Zana :
ReplyDeleteharap²nya sihat...insyallah...