Pages - Menu

Tuesday, March 27, 2012

Spaghetti Bolognese

Wah ! tajuk x tahan...hehehe...nie menu dinner mlm semalam sbnrnya...ada lebih lagi..jadinya merangkap lah utk sarapan pagi tadi.....malam sebab x makan nasi kan..so buat menu² gini ler....dah terbiasa pulak dinner x makan nasi...

gini ler rupanya spageti nya..., simpel aje, ..dalamnya cuma daging kisar, meat ball dgn lada benggala sahaja...itu pun sudah cukup menyelarakan....



sebelum nak buat kuahnya tu, pastikan didihkan airnya dulu ye...sbb kuah tu kjap jer masak ( kalau kuantitinya sikit ) rebus spageti nie yg agak lama skit la...dlm 10 ke 15min mcm tu...sbb nak bagi dia lembut...klau x lembut...x sedap la pulak kan.....

 Resepinya
  • 250 gram spaghetti (1/2 peket)
  • 500 gram daging lembu cincang 
  • sepeket kecik meat ball ( 400 g) - kalau nak buat sendiri pun boleh.
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu 
  • 1 biji lada benggala - didadu
  • 1 batang carrot – didadu  
  • 2 sudu besar lada giling
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
Cara-cara
  1. Rebus air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Untuk bahan sosnya , Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang putih cincang. 
  3. Masukkan lada merah - biar sampai garing (masak)
  4. Masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  5. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  6. Masukkan tomato puri dan tomato segar. 
  7. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa.
  8. Biarkan mendidih, kemudian perlahankan api paling kecil.
 ok..ready to serve !!!
 :
:

2 comments:

Tq sudi meninggalkan komen diblog ini...anda akan saya jejaki...
~syifa~