Assalamualaikum / selamat sejahtera.
Hari ni... nak cerita resepi lagi... kalau tau gini punya senang buatnya....lama dah buat.. hehe... senang pada sy tu... sebab bahan2 nya yg ringkas. Tak perlu nak ayak sana sini ( sy pling x suka nak ayak2 bahan, tp itu la yg mmg kena bila ikut resepi tertentu).
1st trial yg agak mendebarkan sikit. Sebab rata2 ada yg kata... nanti bila nak roll keknya patah. Aduhhh... itu lah punca sebabnya sy selalu tangguh2 nak membuat kek ni.
Tapi alhamdulillh... resepi ni mmg senang dan best..kek tak patah.. dan senang nak gulungnya. Tp sebab sy "tamak" meletakkan krimnya.. bersememeh jadi kek ni... hehe... next time.. boleh adjust mana yg patut lah.
Ok..cek resepi sini ya.
Sumber :
Bila Chah ke dapur
Bahan-bahan:
Saiz loyang 10 x 10 in
Bahan A
3 biji kuning telur
75g gula kaster
40ml minyak jagung/butter yang dicairkan
50ml air
80g tepung gandum
1-2 titis esen vanilla
Bahan B
3 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar
2 tsp gula halus
Bahan/keperluan lain
Pewarna kesukaan
parchment/baking paper
marjerin
piping bag
Filling kegemaran
Cara-cara:
Sediakan loyang.Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.
Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen, diikuti dengan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.
Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.
Ambik anggaran 2 sudu besar dan masukkan pewarna merah. Masukkan ke dalam piping bag.Ambil lagi anggaran 2 sudu besar dan letakkan pula pewarna biru. Masukkan ke dalam piping bag.Gunting muncung piping bag dan lorekkan sebarang bentuk ke atas loyang.
Bakar seketika anggaran 1 minit atau sehingga permukaan love tadi menjadi agak kering.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
Tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas bentuk tadi. Ratakan dengan spatula.Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebentar sebelum digulung.Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.
Ratakan filling.Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan
|
Dalamnya filing blueberry dan fresh cream |
Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipotong.
Siap... nampak panjang dan banyak step kan... tp percayalah... kalau tak try..tak tau...yg sebenarnya... senang dan kejap aje...daripada nak sediakan sebiji kek tu kan......
Rasa tak puas nk menggulungnya...hik3...tp keje banyak skit hari ni... setel la dulu mana yg patut kan...
Selamat mencuba...jangan ragu2... :)