Menu yang dah pun habis, last week buatnya...
1st time membuatnya...alhamdulillah...tdk mengecewakan....sebab habis begitu sahaja ! hehe
senang je nak buat ~~ follow resepi...insyallah jadi...
cara mudah step by step boleh refer kat blog
Ana ni,
atau kalau nak resepinya....sy copy dari blog
Kak.Ummi dan sy tepekkan di sini ye..
ikut la mana2 yg anda rasa nak cuba ye...., mohon share resepinya ye kak.ummi...
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar ~ syifa guna daging jenama ramly, dah siap kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang (akak xda stok) ~ syifa x letak
8 biji cendawan butang (dibelah 4) ~ syifa x letak
5 biji tomato masak (dipotong dadu) ~ syifa x letak
1 batang lobak merah (dipotong dadu) ~ syifa x letak
1 pokok daun parsli (dicincang)
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam -
1 kiub stok daging ~ syifa x letak
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
** untuk sayuran ~ syifa gantikan dengan sayur campur**
Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (atas syifa letakkan kepingan cheese saje..).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
sape2 yg ada buku resepi chef hanieliza....bole bukak terus m/s 285...follow c2 je...lagi senang...:D
cepat dimasak...sedap dimakan !!!
:D