"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, August 11, 2015

Al Quran Terjemahan Rumi Jawi dan Tajwid


Assalamualaikum.

Alhamdulillah....ramai yang telah memilikinya, bukan sahaja sebagai hak peribadi....malah ada customer yang membelinya untuk dihadiahkan pada sahabat juga keluarga mereka.



Stok terkini Alquran Al Mumayyaz,  yang terkandung di dalamnya , TERJEMAHAN , RUMI , TAJWID YANG BERWARNA 



Dalam Al-Quran ni ada :

1) Lengkap 30 Juzuk dan Terjemahan
2)Rumi(sesuai untuk bantuan belajar/beginner)
3)Indeks doa dalam surah2.
4)Adab membaca al-Quran
5)Cerita ringkas di sebalik surah2 dalam al-Quran

Keistimewaan:

• Terdapat bacaan transliterasi (cara baca dalam rumi)
• Terdapat terjemahan PERKATA
• Terdapat terjemahan PERAYAT
• Terdapat index Al Quran
• Terdapat senarai doa-doa dalam Al Quran
• Tulisan jelas dan terang
• Isi 640 halaman (30 juz)

Manfaat memiliki Al Quran ini:

• Menimbulkan rasa suka kepada Al Quran
• Membantu cara bacaan yg keliru bunyinya
• Memahami maksud ayat perayat secara detail
• Faham akan maksud ayat-ayat Al Quran

Ada yang berminat? Boleh saje kalau dibeli untuk diri sendiri...atau nak hadiahkan pada saudara mara...sahabat handai...kan...

*Harga amatlah berpatutan.dan sememangnya berbeza lah mengikut saiznya kan ;

Size besar A4 yg kecil A5


A4 : RM 85.00* (SM) / RM90.00* (SS)


A5 : RM 65.00* (SM) / RM 70.00* (SS)



(*Harga termasuk postage)



Boleh hubungi saya di talian 0136693984 (syifa) whatsapp atau telegram pun boleh. sms juga...:)


p/s : *Harga akan sentiasa berubah ubah...tertakluk pada terma dan syarat dari supplier...harap maklum**


Terima kasih kerana singgah dan meluangkan masa membaca entry ini.


Thursday, May 14, 2015

Swiss roll

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Hari ni... nak cerita  resepi lagi... kalau tau gini punya senang buatnya....lama dah buat.. hehe... senang pada sy tu... sebab bahan2 nya yg ringkas. Tak perlu nak ayak sana sini ( sy pling x suka nak ayak2 bahan, tp itu la yg mmg kena bila ikut resepi tertentu).

1st trial yg agak mendebarkan sikit. Sebab rata2 ada yg kata... nanti bila nak roll keknya patah. Aduhhh... itu lah punca sebabnya sy selalu tangguh2 nak membuat kek ni.


Tapi alhamdulillh... resepi ni mmg senang dan best..kek tak patah.. dan senang nak gulungnya. Tp sebab sy "tamak" meletakkan krimnya.. bersememeh jadi kek ni... hehe... next time.. boleh adjust mana yg patut lah.

Ok..cek resepi sini ya.

Sumber : Bila Chah ke dapur

Bahan-bahan:

Saiz loyang 10 x 10 in

Bahan A
3 biji kuning telur
75g gula kaster
40ml minyak jagung/butter yang dicairkan
50ml air
80g tepung gandum
1-2 titis esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar
2 tsp gula halus

Bahan/keperluan  lain

Pewarna kesukaan
parchment/baking paper
marjerin
piping bag
Filling kegemaran

Cara-cara:
Sediakan loyang.Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.

Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen, diikuti dengan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.

Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.

Ambik anggaran 2 sudu besar dan masukkan pewarna merah. Masukkan ke dalam piping bag.Ambil lagi anggaran 2 sudu besar dan letakkan pula pewarna biru. Masukkan ke dalam piping bag.Gunting muncung piping bag dan lorekkan sebarang bentuk  ke atas loyang.

Bakar seketika anggaran 1 minit atau sehingga permukaan love tadi menjadi agak kering.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas bentuk  tadi. Ratakan dengan spatula.Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.


Sejukkan sebentar sebelum digulung.Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.

Ratakan filling.Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan

Dalamnya filing blueberry dan fresh cream 

Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipotong.

Siap... nampak panjang dan banyak step kan... tp percayalah... kalau tak try..tak tau...yg sebenarnya... senang dan kejap aje...daripada nak sediakan sebiji kek tu kan......

Rasa tak puas nk menggulungnya...hik3...tp keje banyak skit hari ni... setel la dulu mana yg patut kan...

Selamat mencuba...jangan ragu2... :)


Monday, May 11, 2015

Cinnamon Roll 

Entry pertama bulan 5, yang ke 11 untuk 2015.

See !!! Abaikan....! Cakap banyak2 pun buat apa...yg lepas biar lepas...yg akan datang...kita perbaiki. Insyallah.

Ok. Nak share resepi roti kali ni. Sedap tak sedap...sila la cuba sendiri. Nnti sy kata sedap...org lain kata tak sedap pun..! Sembang jer lebih... ada yg kata dah ikut resepi...tp kenapa tak jadi ?? Ntah...!  X tau nk jwab...);


Utk resepi nya ;

Sumber : blog emilia puteri 

Bahan-bahan 


 Roti

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        


Filling

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           


Icing

50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (syifa kurangkan kepada 40gm, sebab brown sugar yg guna)
secubit garam
beberapa titik vanila esen


Cara-cara

Saya masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker. Saya pilih function uli dan BM saya uli selama 1 jam 30 minit.
Selepas siap diuli, keluarkan doh. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm.
Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh.

Gulung doh dengan kemas.potong beberapa bahagian. Letakkan dalam paper cup.


ulang utk sebahagian doh lagi.
Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit. Sehingga atas keperangan.

Utk icing ( letak selepas masak)

Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim.
siap, dan boleh sudukan keatas roti tadi.

selamat mencuba.



Thursday, April 30, 2015

Cuti

Esok 1 mei 2015

Hari pekerja, jadinya cuti umum utk Malaysia.

Selamat bercuti

Sabtu cuti

Ahad cuti

Isnin pun cuti

Ayoooo...betapa banyak cuti daaaa....

Selamat bercuti.

Psttttt ~~~ dah hujung2 bln baru muncul...hahaha...

Thursday, March 12, 2015

Macaron

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Setelah hampir 5 tahun , baru ada keberanian nak memcuba balik buat macaron. Last buat boleh tgk entry DI SINI , itu la tarikhnya kali pertama buat...dan hasilnya mmg tidak menjadi lansung. Yg jadi pun...ada la 2 3 kut.

Dan wekend lepas, agak rasanya hampir sebulan juga tu dok mentelaah resepi  macaron ni...cara2 dan tipsnya....baru ada keinginan nak buat.

Apalagi...bila angin membaking datang...mmg terus capai segala bahan semua lah... timbang dan sukat segala bahan betul2 teliti...dan hasilnya....

Alhamdulillah sangat2...! Maunya rasa nak melompat  mencapai langit dah rasa gembiranya tu....hehe... 5 tahun tu !! Menunggu dgn penuh sabar...


Alhamdulillah...3 tray...semua menjadi dgn jayanya...tak sia2 lah pepagi dah godek semua bahan kan.:)

Filing nutella

Tapi kemanisan nya mmg boleh buat potong kaki ni kalau makan beria sangat.... Budak2 rumah ni suka pula makannya... ok..nnti boleh try lagi.  Agak2 kalau kurangkan sukatan gula menjadi tdk ye...??

Untuk resepi kali ni, sy folow sini :

Sumber resepi dan tips:

1. Hana Family's
2. Kak.Noor


Resepi macarons dari blog Hana Familys.

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila - hana x letak

Inti :  Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling

 Cara-cara:

Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.
Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) .
 Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering.
Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti.

Nampak mudah kan...tapi nak cuba...try lah...sy tak makan sangat pun...sesaje nak memcuba jer...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...