"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, August 11, 2015

Al Quran Terjemahan Rumi Jawi dan Tajwid


Assalamualaikum.

Alhamdulillah....ramai yang telah memilikinya, bukan sahaja sebagai hak peribadi....malah ada customer yang membelinya untuk dihadiahkan pada sahabat juga keluarga mereka.



Stok terkini Alquran Al Mumayyaz,  yang terkandung di dalamnya , TERJEMAHAN , RUMI , TAJWID YANG BERWARNA 



Dalam Al-Quran ni ada :

1) Lengkap 30 Juzuk dan Terjemahan
2)Rumi(sesuai untuk bantuan belajar/beginner)
3)Indeks doa dalam surah2.
4)Adab membaca al-Quran
5)Cerita ringkas di sebalik surah2 dalam al-Quran

Keistimewaan:

• Terdapat bacaan transliterasi (cara baca dalam rumi)
• Terdapat terjemahan PERKATA
• Terdapat terjemahan PERAYAT
• Terdapat index Al Quran
• Terdapat senarai doa-doa dalam Al Quran
• Tulisan jelas dan terang
• Isi 640 halaman (30 juz)

Manfaat memiliki Al Quran ini:

• Menimbulkan rasa suka kepada Al Quran
• Membantu cara bacaan yg keliru bunyinya
• Memahami maksud ayat perayat secara detail
• Faham akan maksud ayat-ayat Al Quran

Ada yang berminat? Boleh saje kalau dibeli untuk diri sendiri...atau nak hadiahkan pada saudara mara...sahabat handai...kan...

*Harga amatlah berpatutan.dan sememangnya berbeza lah mengikut saiznya kan ;

Size besar A4 yg kecil A5


A4 : RM 85.00* (SM) / RM90.00* (SS)


A5 : RM 65.00* (SM) / RM 70.00* (SS)



(*Harga termasuk postage)



Boleh hubungi saya di talian 0136693984 (syifa) whatsapp atau telegram pun boleh. sms juga...:)


p/s : *Harga akan sentiasa berubah ubah...tertakluk pada terma dan syarat dari supplier...harap maklum**


Terima kasih kerana singgah dan meluangkan masa membaca entry ini.


Thursday, May 14, 2015

Swiss roll

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Hari ni... nak cerita  resepi lagi... kalau tau gini punya senang buatnya....lama dah buat.. hehe... senang pada sy tu... sebab bahan2 nya yg ringkas. Tak perlu nak ayak sana sini ( sy pling x suka nak ayak2 bahan, tp itu la yg mmg kena bila ikut resepi tertentu).

1st trial yg agak mendebarkan sikit. Sebab rata2 ada yg kata... nanti bila nak roll keknya patah. Aduhhh... itu lah punca sebabnya sy selalu tangguh2 nak membuat kek ni.


Tapi alhamdulillh... resepi ni mmg senang dan best..kek tak patah.. dan senang nak gulungnya. Tp sebab sy "tamak" meletakkan krimnya.. bersememeh jadi kek ni... hehe... next time.. boleh adjust mana yg patut lah.

Ok..cek resepi sini ya.

Sumber : Bila Chah ke dapur

Bahan-bahan:

Saiz loyang 10 x 10 in

Bahan A
3 biji kuning telur
75g gula kaster
40ml minyak jagung/butter yang dicairkan
50ml air
80g tepung gandum
1-2 titis esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar
2 tsp gula halus

Bahan/keperluan  lain

Pewarna kesukaan
parchment/baking paper
marjerin
piping bag
Filling kegemaran

Cara-cara:
Sediakan loyang.Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.

Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen, diikuti dengan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.

Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.

Ambik anggaran 2 sudu besar dan masukkan pewarna merah. Masukkan ke dalam piping bag.Ambil lagi anggaran 2 sudu besar dan letakkan pula pewarna biru. Masukkan ke dalam piping bag.Gunting muncung piping bag dan lorekkan sebarang bentuk  ke atas loyang.

Bakar seketika anggaran 1 minit atau sehingga permukaan love tadi menjadi agak kering.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas bentuk  tadi. Ratakan dengan spatula.Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.


Sejukkan sebentar sebelum digulung.Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.

Ratakan filling.Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan

Dalamnya filing blueberry dan fresh cream 

Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipotong.

Siap... nampak panjang dan banyak step kan... tp percayalah... kalau tak try..tak tau...yg sebenarnya... senang dan kejap aje...daripada nak sediakan sebiji kek tu kan......

Rasa tak puas nk menggulungnya...hik3...tp keje banyak skit hari ni... setel la dulu mana yg patut kan...

Selamat mencuba...jangan ragu2... :)


Monday, May 11, 2015

Cinnamon Roll 

Entry pertama bulan 5, yang ke 11 untuk 2015.

See !!! Abaikan....! Cakap banyak2 pun buat apa...yg lepas biar lepas...yg akan datang...kita perbaiki. Insyallah.

Ok. Nak share resepi roti kali ni. Sedap tak sedap...sila la cuba sendiri. Nnti sy kata sedap...org lain kata tak sedap pun..! Sembang jer lebih... ada yg kata dah ikut resepi...tp kenapa tak jadi ?? Ntah...!  X tau nk jwab...);


Utk resepi nya ;

Sumber : blog emilia puteri 

Bahan-bahan 


 Roti

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        


Filling

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           


Icing

50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (syifa kurangkan kepada 40gm, sebab brown sugar yg guna)
secubit garam
beberapa titik vanila esen


Cara-cara

Saya masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker. Saya pilih function uli dan BM saya uli selama 1 jam 30 minit.
Selepas siap diuli, keluarkan doh. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm.
Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh.

Gulung doh dengan kemas.potong beberapa bahagian. Letakkan dalam paper cup.


ulang utk sebahagian doh lagi.
Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit. Sehingga atas keperangan.

Utk icing ( letak selepas masak)

Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim.
siap, dan boleh sudukan keatas roti tadi.

selamat mencuba.



Thursday, April 30, 2015

Cuti

Esok 1 mei 2015

Hari pekerja, jadinya cuti umum utk Malaysia.

Selamat bercuti

Sabtu cuti

Ahad cuti

Isnin pun cuti

Ayoooo...betapa banyak cuti daaaa....

Selamat bercuti.

Psttttt ~~~ dah hujung2 bln baru muncul...hahaha...

Thursday, March 12, 2015

Macaron

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Setelah hampir 5 tahun , baru ada keberanian nak memcuba balik buat macaron. Last buat boleh tgk entry DI SINI , itu la tarikhnya kali pertama buat...dan hasilnya mmg tidak menjadi lansung. Yg jadi pun...ada la 2 3 kut.

Dan wekend lepas, agak rasanya hampir sebulan juga tu dok mentelaah resepi  macaron ni...cara2 dan tipsnya....baru ada keinginan nak buat.

Apalagi...bila angin membaking datang...mmg terus capai segala bahan semua lah... timbang dan sukat segala bahan betul2 teliti...dan hasilnya....

Alhamdulillah sangat2...! Maunya rasa nak melompat  mencapai langit dah rasa gembiranya tu....hehe... 5 tahun tu !! Menunggu dgn penuh sabar...


Alhamdulillah...3 tray...semua menjadi dgn jayanya...tak sia2 lah pepagi dah godek semua bahan kan.:)

Filing nutella

Tapi kemanisan nya mmg boleh buat potong kaki ni kalau makan beria sangat.... Budak2 rumah ni suka pula makannya... ok..nnti boleh try lagi.  Agak2 kalau kurangkan sukatan gula menjadi tdk ye...??

Untuk resepi kali ni, sy folow sini :

Sumber resepi dan tips:

1. Hana Family's
2. Kak.Noor


Resepi macarons dari blog Hana Familys.

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila - hana x letak

Inti :  Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling

 Cara-cara:

Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.
Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) .
 Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering.
Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti.

Nampak mudah kan...tapi nak cuba...try lah...sy tak makan sangat pun...sesaje nak memcuba jer...:)


Wednesday, March 11, 2015

Al Quran Terjemahan Rumi Jawi dan Tajwid

Assalamualaikum.

Rentetan dari ENTRY DI SINI , alquran alwasim tidak dijual , disebabkan itu adalah stok lama.

Dan yang terbaru dan terkini pada tahun ini 2015, AL MUMAYYAZ adalah yang dijual dan ready stok.

Isi Kandungan masih dikekalkan dengan adanya bantuan TERJEMAHAN , RUMI beserta TAJWID YANG BERWARNA ( itulah keistemewaan ALMUMAYYAZ)


Al quran transliterasi rumi dan terjemahan..setiap ayat...

Dalam Al-Quran ni ada :

1) Lengkap 30 Juzuk dan Terjemahan
2)Rumi(sesuai untuk bantuan belajar/beginner)
3)Indeks doa dalam surah2.
4)Adab membaca al-Quran
5)Cerita ringkas di sebalik surah2 dalam al-Quran

Keistimewaan:
• Terdapat bacaan transliterasi (cara baca dalam rumi)
• Terdapat terjemahan PERKATA
• Terdapat terjemahan PERAYAT
• Terdapat index Al Quran
• Terdapat senarai doa-doa dalam Al Quran
• Tulisan jelas dan terang
• Isi 640 halaman (30 juz)

Manfaat memiliki Al Quran ini:
• Menimbulkan rasa suka kepada Al Quran
• Membantu cara bacaan yg keliru bunyinya
• Memahami maksud ayat perayat secara detail
• Faham akan maksud ayat-ayat Al Quran



Masih juga terdapat dalam dua size iaitu size A4 dan A5


Ada yang berminat? Boleh saje kalau dibeli untuk diri sendiri...atau nak hadiahkan pada saudara mara...sahabat handai...kan...

*Harga amatlah berpatutan.dan sememangnya berbeza lah mengikut saiznya kan ;

A4 : RM 85.00 ( sm)  RM90.00 (ss)

A5 : RM 65.00 (sm) RM 70.00 (ss)

*Harga termasuk postage

PERHATIAN !!! 

PROMOSI 12 HINGGA 30 MARCH 2015 SAHAJA 


SET JIMAT ALQURAN  A4 + A5 hanya 

RM 120.00 sm / RM 135.00 ss

harga ni valid utk tarikh yg tertera ya.


Harga sudah termasuk postage ya.

Tak nak set kombo ni...boleh beli satu-satu tapi harga atas lagi ya.

Boleh hubungi saya di talian 0136693984 (syifa) whatsapp atau telegram pun boleh. sms juga...:)


p/s : *Harga akan sentiasa berubah ubah...tertakluk pada terma dan syarat dari supplier...harap maklum**


antara testimoni kepuasan pelanggan

Terima kasih kerana singgah dan meluangkan masa membaca entry ini.


Monday, March 9, 2015

Hazim dan keknya 6 Mac 2015

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Jumaat lepas. Alhamdulillah Hazim genap dah 5 tahun. Kejap je rasanya.

Sekolah dah dia...


Dia tau jumaat tu besday dia, ibu plan...hujung bulan baru buatkan sebiji kek...sebab bulan mac ni 3 anak lelaki sekaligus dlm bulan yg sama..., TAPI ! awal2 pagi dia dah minta kek dia...huhuhu...

Ibu pun...dgn rajin tak rajinnya juga lah.....turutkan kehendak dia....Hazim suka...ibu happy :)



Atas permintaan dia...atas nak coklat dan ada colour biru. Warna coklat atas dari coklat mousse, tepi2 biru dan putih guna buttercream.

Kek ~ dia nak kek coklat. Tp kakaknya dok sageskan kek coklat dan vanila...ok..no problm...ibu bole tunaikan...

Ok..sebelum mula baking, siapkan COKLAT MOUSSE nya dulu. Sebab kena masukkan dalam fridge bagi sejuk. Boleh refer link tu, di blog pakar kek....sape lagi kalau bukan K.Ita kan...:) p la jengah sana...nak tepek sini panjang nnti entry ni... huhuhu...

Kek span. Untuk kek. Sy ikut Kek span dari K.Yatie dari kek tu, sy potong, jadinya dapat 4 layer.

Untuk buttercream, sy guna dari Mas ~ dapurmas,

Dalam antara layer, letak choc mousse, tengah letak buttercream ditabur dengan cheddar cheese. Top atas choc mousse tabur juga dgn chedar cheese, dan keliling itu adalah buttercream, bahagi dua, 1 bhgian letak colour biru, 1 lg biar yg asli gitu.....pastu...touch up lah tepi2 dia...hehehe...

Gitu la kisahnya kek Hazim ni... , Hadif dah berbunyi pula nk kek patern lain...huhuhu...

RAJIN ????

Tak sangat sebenarnya....tapi sebab anak...apa yg baik tu...sy turutkan jer.....MALAS pun sy ada juga sebenarnya...tak la...semedanggggg rajin pon!


Sunday, March 8, 2015

Cekodok pisang Kak Besah

Ok. Tiba-tiba pula petang hari ni rajin kan. Hehe...

Hari ni angin telebih rajin kut agaknyalah. Asar tak masuk lagi...cekodok pisang pun siap! Hehehe...

Meh nak share resepi yg memang selalu diguna pakai bila nak buat cekodok. Hai ! Buat cekodok pun pakai resepi ke? 

Ehh..mestilah ! Ini kejadiannya macam selalu org bejual tu tau...mmg nampak urat2 pisangnya...tak benyek...dan tak resap minyak...rasa manisnya pun ala2 jer... best tau...rugi tak cuba. 


Cer tengok resepi Kak Besah ni...mmg tip top! Rasanya...ramai dah kut blogger yg mencubanya kan... sy pun...nak tumpang sekaki lah berkongsi kesedapan cekodok ni...


Bahan-bahan ; ( 2 piring penuh )

2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara;

dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.

ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.

panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

Dan hasilnya...... 


Selamat mencuba...tak rugi buat! 

Wednesday, March 4, 2015

Lempeng pisang cheese

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Demam pisang + cheese la kut kan...itu datangnya idea ntah apa2 nak buat macam ni.

Semalam melempeng...dapat la 2 3 keping. Try lah sekeping sebab nak tau apa rasanya.  cheese dan  coklat, diparut kan atas lempeng ni...... ermmm...bole la...


dah nama tekak melayu kan.. memang tak bole layan sangat... biasa2 je rasa nya... tapi kalau nak try buat...apa salahnya kan.

Yg pisang goreng cheese tu pun sy 'tak berapa' sangat juga... sedap lagi kalau dapat cicah cili kicap ! Hehe... tp bagi kat Hadif... mmg sedap lah katanya...dia mmg peminat tegar sebarang makanan berunsur keju...! ☺

Resepi lempeng?


Tepung gandum , gula dan sikit garam. Bahan utama...dah tentulah pisang kan...hehe...

Nak rasa? Try la buatnya...

Tuesday, March 3, 2015

Red Velvet Cheese Brownies

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Dulu2 time sekolah, kalau nak buat karangan..wajib ada pendahuluan. Tengah nya isi, diakhiri dengan penutup. Tapi kalau tgk entri ni. Semua tu tak lengkap...hehe...

Dah...ni nak share resepi yg mantap! Insyallah sedap. Pada sy la kan...org lain tak tau lah...sebab manusia ni...rambut sama hitam...tapi tekak, lain2 nikmat yg Allah swt bagi. Kalau tidak, mana mungkin ada macam2 jenis makanan atas muka bumi ni kan...


Idea dtg lps nmpk kat  Blog Kak.Noor  la ni, dan sebab nak habiskan stok cheese yg tinggal separuh. Tak sampai 350gm pun yg ni...itu mmpk nipis skit.

Resepi

sumber :

Kak Shiela spicesjourney
Kak Nooriahnaim


Red Velvet Cheese Brownies


Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya


1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukkan.

2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko

3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.

4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.

5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.

6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.

7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.

8.    Sediakan loyang kek yang sesuai masukkan adunan dan ratakan, dan bakar lah dengan suhu 160'C selama 40 - 50 minit.

Abaikan corak 'tangan keras' ! Itu...huhuhu...

Bahan Lapisan Cheese

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya

1.    Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.

2.    Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.

3.    Tuangkan di atas kek yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.

4.    Bakar lagi sekali selama 30 minit dengan suhu 160’C atau sehingga adunan cheese keras.

5.    Rvc dah boleh di santap.

Selamat mencuba!



Friday, February 27, 2015

Rainbow Cake

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Hujung-hujung februari.... baru muncul kembali...keh3...nasib la kan, Idea tu ada, tapi tak tau nak mula macam mana ( alasan!!!)

Ini kisah CNY hari tu la ni. Memang tak ke mana pun...duk umah...main masak2... nak pgi bejln sana sini...pun mmg x la kan...dah nama public holiday...sana sini la padat orgnya...

Sudahnya...dok rumah...kumpul lemak...pastu 'bakar'... kumpul je bnyk nya...'bakar'nya...alahai... malas nak cerita...


Dah panjang pula ayat ni...dapat menulis...camni pula jadinya... ok...meh tengok resepi ni. Semestinya dari blog Kak.Ita, pakar kek ni...kalau buat kek2 ni...mmg suka lah refer blog K.Ita..hasilnya....insyallah tak mengecewakan.Juga dari blog K.Yatie , sy ikut dia punya krim.


Sumber :

Azlita Masam Manis
Yatiememories.blogspot

Resepi : RAINBOW CAKE

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Untuk Cream Cheese Frosting : refer blog k.yatie

Bahan :

250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
** syifa tambah 1 sudu besar air perahan lemon, baru rasa masam2 manis sikit**


Selamat mencuba.

Wednesday, February 4, 2015

Roti Kentang ( Bun kentang)

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Semangat tengah ada ni kan...molek lah kiranya mengupdate blog ni...nanti bila semangat dah down... hampir berbulan lagi ditinggalkan...

Hari ni...nak share resepi roti kentang. Tak lah sehebat macam roti di kedai2 roti tersohor dan ternama tu kan... lepas kat anak tekak keluarga... kira ok la dah ni...

Dan yg penting...tiada pengawet! Mesti habis sebelum 3 hari... hehe...tp setakat ni..roti2 yang manis2 ni...tak sampai 3 hari...dah lenyap ditelan budak2 ni...

fresh baru masak tengahhari tadi..... testimoni belum lagi...sebab budak2 tak balik sekolah lagi...


Resepi :

Sumber : Ros jintanmanis.com


Bahan-bahanya

350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.



Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan,

Nota: Kalau nak permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.


**utk setiap doh..syifa timbang 30g

Selamat Mencuba.

Tuesday, February 3, 2015

Apa khabar?

Assalamualaikum...

1st entry 2015....

Ingat kat blog kita lagi tak? Apa....tak ingat! Normal la tu...tuannya pun mood berubah ubah nak update.Ni pun ntah angin mana yang hembus...tetiba rajin pula....last entri 2014, dah azam nak selalu update....tak juga ada yg baru kan..nak buat macam mana...tinggal macam tu je la...

Ini nak post new entry pun dok tekan2 kat bahagian post...pasal la tak keluar2 box nak taip ni...rupanya salah tekan...patut klik kat new post... Nampak sangat lamanya tak buat sebarang post.

Pun tak berani nak janji lepas ni ada tidak new entry...tapi...insyallah akan dicuba setakat mana yang mampu.


Gambar pertama 2015. :)

Roti sarang lebah....jadilah kan...gambar pertama pembuka bicara gitu...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...