"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, March 3, 2015

Red Velvet Cheese Brownies

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Dulu2 time sekolah, kalau nak buat karangan..wajib ada pendahuluan. Tengah nya isi, diakhiri dengan penutup. Tapi kalau tgk entri ni. Semua tu tak lengkap...hehe...

Dah...ni nak share resepi yg mantap! Insyallah sedap. Pada sy la kan...org lain tak tau lah...sebab manusia ni...rambut sama hitam...tapi tekak, lain2 nikmat yg Allah swt bagi. Kalau tidak, mana mungkin ada macam2 jenis makanan atas muka bumi ni kan...


Idea dtg lps nmpk kat  Blog Kak.Noor  la ni, dan sebab nak habiskan stok cheese yg tinggal separuh. Tak sampai 350gm pun yg ni...itu mmpk nipis skit.

Resepi

sumber :

Kak Shiela spicesjourney
Kak Nooriahnaim


Red Velvet Cheese Brownies


Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya


1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukkan.

2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko

3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.

4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.

5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.

6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.

7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.

8.    Sediakan loyang kek yang sesuai masukkan adunan dan ratakan, dan bakar lah dengan suhu 160'C selama 40 - 50 minit.

Abaikan corak 'tangan keras' ! Itu...huhuhu...

Bahan Lapisan Cheese

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya

1.    Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.

2.    Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.

3.    Tuangkan di atas kek yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.

4.    Bakar lagi sekali selama 30 minit dengan suhu 160’C atau sehingga adunan cheese keras.

5.    Rvc dah boleh di santap.

Selamat mencuba!



5 comments:

Rohah said...

Please Post ke sini syifa ....mana bole tgk je ni...nak rasa juge...huhuuu

Acik Erna said...

sedapnya syifa..tngok gambar je tu..cantik kejadiannya

Nooriah Abdullah said...

wah syifa masih teringat makan cheesecake brownies ni sedappp nyaaa lawa lah syifa deco

nieda said...

cantiknya kejadian kek ni..Insyaallah one day nak cuba

hainom OKje said...

Macam sedap jer tu AM...nak try malas pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...