"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Sunday, February 27, 2011

SITI SARAH DA KAWIN....

Friday, February 25, 2011

AYAT PEMBUKA BICARA




Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..


Thursday, February 24, 2011

MY TIRAMISU

sedap giler x tahan....x tertahan....gara2 cuaca yg panas skrang nie...time ptang2 da rasa nak makan benda2 sejuk.....semalam...godek punya godek resepi dalam internet nie...jumpa la 1 resepi tiramisu yg walahhh.~~~!!! sedap giler rasanya bila da siap.....kena makan sejuk2...baru besh....menjilat jilat...klau x sejuk...memamg konpem x sedap....!!! diulang ....kalau x sejuk mmg x sdap....!!!! ingat....!!!!

nie...hasilnya..bru licin masuk dlm perut !!!!

step by step buat semalam.....


cream cheese + whipping  cream + gula halus


kasi putar sama bncuhan tu smpi kembang...jgn over putar...

hempap2 bancuhan tdi dgn ready madenya kek....

Bahan2 :-

1 biji kek span....kek apa2 pun bole...janji kek
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese
1/2 cwn gula...jgn lebih sngt2...manis2 x elok...diabetis...
1 cawan air panas  ( nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe


Cara2 :- 

1. Bancuhkan nescafe tdi dgn 1 cawan air pnas.
2. satukan gula, cheese dgn cream.
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4. kek tadi potong2  pada 3 bhagian
5. susun kek selapis kat bawah.
6. tuangkan 1/3 air nescafe tadi kat atas kek tu....
7. sapu 1/3 bahagian adunan cream dgn cheese tadi.
8. susun lagi bahgian yg lebih tu
9. ulang la smpi habis smua bhan tadi...
10. last skali...masuk dalam peti sejoookkkk....

x sejooook x sedapppp.....!!!

selamat cubalah...pada sape2 nak cuba...:)


Wednesday, February 23, 2011

SUKAN SEKOLAH ATHIRAH

Hari ni : 22 February 2011 bersamaan hari Rabu.
Tempat : Sekolah Kebangsaan Undang Johol
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari








Jumpa sukan lagi tahun 2012....insyallah....


Tuesday, February 22, 2011

BARAKALLAH....

hadif sudah malu2 tgk orngnya.....


khas utk tatapan hadif.....

DIET CARA RASULLULLAH S.A.W

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan semua?

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajar...kan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... cubalaa....
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...


Sama2lah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

P/s  : Dari sebuah artikel....terima kasih..pada tuannya....


Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Assalamualaikum...berkaitan dgn artikel yg sy ambik hri tu....klik [ SINI ]
rupanya ada ulasan lain dri saudara Mohd Fadli Yusof 

Antara yg terkandung dlmnya :-

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. 

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

ok...utk bacaan lanjut anda....klik SINI

selamat membaca.....:)

Saturday, February 19, 2011

Berat ke ????

Assalamualaikum....:)

Selamat petang....selamat berhujung minggu......x kemana hari ini....sbb cuaca yg panas....sy x larat nak kemana-mana....

Dah baca tajuk n3 sy hari nie....??? pasal berat kannnnn....bukan nak cerita pasal berat sy....tp pasal berat blog saya nie....check punya check....berat jugak ye rupanya blog sy nie....rasanya mcm da bnyk jer widget2 yg dah buang....tp masih sama gak mcm tu.....akan sy adjust lah skit2 bagi "ramping" yer blog nie nanti.....

Nak tahu mcm mana sy timbang blog ???
Tekan [ SINI ] ya....jgn malu2 nak timbang blog anda...free jer....x kene byar pun....tp bill tenet kene la bayar kannn.....:)
ok...bawah nie result berat blog sy...nak loading pun ambik masa kan....kene "DIET" la jawabnya......:)


Hari Ni : 19 Feb 2011

Ok...sy akan cuba berdiet....n lagi seminggu sy akan timbang lagi....nak tgk mcmmana result setrusnya....


Friday, February 18, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Semalam saya terjumapa artikel nie...saya copy paste jer lah....x pasti pulak dri mana sumber nama yg empunya diri...apa2 pun terima kasih pada hamba Allah tu yg mengeluarkan artikel nie....jdi sebelum sy lupa...baik sy coretkan dalam blog ni...mari sama2 kita baca..

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 
اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?  apakah maksud disebaliknya??
 
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada Ahmad ye” contoh la…

Dan bukannya : “Kirim salam kat Ahmad ya”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


Tolong share2 kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

lagi2 gamba

Dah beberapa hari tdk mengupdate n3 dalam nie....asik dgn blog BIZZ nie.....just nak hupdate gambar2 jerlah.....

sudi2  lah nengok ya...:)


Athirah & Hadif

macm nak tonggang kuda betul jer Hazim...

apa tu kat sana tu ????
ini antaranya gamba2 pgi jln2 cuti maulud nabi ari tu....ada lagi...tp yg nie jer la dulu wat masa nie...nnti update lagi...

Wednesday, February 16, 2011

MAULIDUR RASUL

15 Februari 2011 nie...mesti ramai yg x brapa nak ingat hari apa kan....?? msti dok pikir alamak !!! bestnya....cuti tuuuu.....kannn?? btul tak ?? sy nie just nak bagi tau jer...15/02 nie...adalah bersamaan dengan 12 Rabiul Awal iaitu HARI KELAHIRAN NABI KITA....NABI MUHAMMAD RASULLULLAH S.A.W...

**kat bwah nie ada sikit info...sikit jerlah...kang panjang2 orng mlas nak baca kannn....**



MAULIDUR RASUL

(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Mulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.

Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sunday, February 13, 2011

Peristiwa2 penting di bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. 
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Saturday, February 12, 2011

Lafazkan Kalimah Cinta Mu


Lafazkan Kalimah CintaMu

Nie novel terbaru...baru maknanya...sy baru beli weeken yg lepas....baru abis baca tghari tadi...ambik masa la skit kan nak bagi abis baca novel yg setebal 811m/s nie kan....biasalah bnyk keje lain nak dibuat....
lain2 la masa zman2 x kawin dulu...bole mngadap semalaman baca novel....(itu kegilaan saya)......masa sekolah...kalau dpat novel...bwah meja pun bole curi2 baca....:)

ok...back to.... LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU...
buku nie karya SITI ROSMIZAH ......klau tanya sy yg dah abis baca nie...sy bagi 10/10...mmg best....kadang2 buat kita sbgai pembaca bole tesengih sorang2 baca buku nie tau....n the other part.....boleh buat air mata bejujuran......x pecaya...??? bacalah.....

kempen


Assalamualaikum....rasanya belum terlambat lagi kan..sy sbagi seorang islam nak join kempen ni.....
kempen 1st nie dianjurkan oleh Cik Sunnah

KEMPEN PERTAMA

nak info lanjut klik SINI


KEMPEN KEDUA


"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"



1.kempen ke-2 nie dianjurkan oleh saudara AL-HAKIM
2.kempen ini akan dijalankan sehingga 15 Februari 2011..
3.ajak rakan blogger yang lain..

tujuan kempen ini adalah untuk kita mengingati Rasulullah yang tercinta..disamping itu, kite bersama-sama memboikot valentime day..pada hari valentine inilah dimana saudara seIslam kita ramai yang syahid..kalau kita sedar..valentine day ini jatuh pada tanggal 14 Februari manakala Maulidul Rasul adalah pada 15 Februari..cube kita lihat,hari yang mana lebih mendapat sambutan di negara kita..
Maklumat lanjut klik [SINI]


BERSAMA MEMATRABATKAN UMMAH

Friday, February 11, 2011

Kita sendiri yg menutup jalannya.....

Dimanakah Kita sbagi hamba-Nya......

Dunia pada hakikatnya tempat manusia menerima cubaan, ujian dan pelbagai dugaan, kerana alam fana ini hanyalah persinggahan sementara menuju ke ALAM BAQA' yg lebih kekal.

Pada saat kita diuji dgn pelbagai kesusahan dan kesedihan yg datang silih berganti, biasanya kita akan resah gelisah dan x henti2 memohon pertolongan dari Allah S.W.T.

Namun, apabila permohonan belum juga dimakbulkan dan bantuan yg diharapkan x mnampakkan sebarang petanda baik, mulalah kita mengeluh menyalahkan TUHAN yg tdk memenuhi Janji-Nya untuk menolong setiap hambanya....perlukah kita sebagai muslim/muslimat berfikir ke arah itu???

SIAPA KITA untuk mempertikaikannya ??? KITA ADALAH HAMBA-NYA !!!!!

Kelambatan atau permintaan x dikabulkan oleh ALLAH S.W.T, itu juga adalah suatu ujian.....UJIAN utk menilai sejauh mana kita sebagai hamba-Nya SABAR menghadapi permintaan yg tdk terjawab....atau yg datang adalah sebaliknya....

Janji Allah s.w.t " SESUNGGUHNYA SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN." (Surah Alam Nasyrah :6)

Kita sebagai hamba-Nya selalu menuntut sesuatu yg dirasakan sebagai hak kita, sebaliknya kita sendiri LALAI melaksanakan kewajipan kepada-Nya.....sepatutnya kita sbgai hamba (ibarat orng suruhan--> melaksanak arahan dan mngikut kata Tuannya....x mengharap apa2 drpd Tuan....)

Penolakan atau penangguhan keatas Doa' yg dipohon itu sebnrnya akibat PERBUATAN KITA SENDIRI....kita yg menutup jalan ke arah termakbulnya doa tu...dengan melakukan pelbagai perkara yg x di redhai oleh Nya......Ingkar pada araha-Nya......Sehinggalah jalan yg sebelumnya terbuka luas akhirnya tertutup rapat...atas kesalahan diri sndiri....

Tapi malangnya...kita x nmpak kelalaian dan kesalahan sendiri....kita hanya terus berkeluh kesah...pada hal..Allah s.w.t menjanjikan pertolongan kepada setiap Hamba-Nya yg PATUH pada arahan-Nya dan MENGHINDARKAN segala larangan....

Jadinya....terpulanglah kepada diri kita sendiri...apakah kita ingin Allah s.w.t menunaikan segala hasrat kita...walau dlm bentuk yg berlainan, kerana hanya Tuhan yg mengetahui hikmah dan manfaat yg ada disebalik permintaan hamba2-Nya....

Wallahu'lam.....

p/s : coretan ini saya coretkan dari keratan akhbar yg saya potong semnejak 8tahun yg lalu....sy simpan....sebab isi kandunganya yg mnarik perhatian.....sy kongsikan bersama2 anda...bacalah klau anda berminat....


Thursday, February 10, 2011

Iman Mutiara

RAIHAN
 
Artist: : RAIHAN

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
 
 
** sy sangat2 minat dengan lyrik lagu nie...^_^ **
 
 

Wednesday, February 9, 2011

Marilah menunaikan SOLAT


Tajuk jer mcm dah kata sy nie perfect pulak kan....x pun...sy hanya insan biasa jer...tp solat...insyallah x tinggal...
cumanya di sini saya nak share lah beberapa FAKTA SIHAT  yg sy jumpa tentang kelebihan SOLAT dalam islam....
indahkan islam itu...:)

Sebenarnya amalan kita (orng2 islam) dlm melakukan solat 5 wakt sehari, adalah gerakan yg pling mudah untuk menyihatkan tubuh.
::
setiap perbuatan kita dlm solat mmbawa kpd kesihatan fizikal, mental dan spiritual
::
Solat yg khusyuk boleh diibaratkan sprti meditasi yg mampu meredakan stress dan tekanan
::
Kelebihan solat tu kan, sbnrnya bnyk lagi...stiap kalimah yg diucapkan dlm solat itu juga 1 ibadah (mreka yg solat dgn ikhlas dan sempurna akn mndapat syafaat...)
::
YG PENTING = salah satu kedudukan dlm SOLAT ialah SUJUD~~~
Ketika SUJUD ~~ kepala diletakkan di bawah (bumi), ia membolehkan darah dari jantung turun ke otak dengan mudah~~

Solat itu WAJIB
 lihat saje pic di atas....x kira kemana, di mana, kita sebagai muslim/muslimat...di wajibkan ber SOLAT


~SOLAT ITU TIANG AGAMA~


Waktu mustajab berdoa

Saya kongsikan disini apa yg saya baru baca, berkenaan waktu2 mustajab berdoa.

Berdoa boleh pada bila2 masa, tapi ada waktu2 yg tertentu yg lebih mustajab sperti yg disarankan oleh Junjungan kita ....Rasulullah S.A.W, antaranya ialah :-

  1. Waktu pagi - seblm matahari terbit dan selesai menunaikan solat subuh.
  2. Tiap2 lepas solat 5 waktu.
  3. Antara solat = maknanya antara solat zuhur dgn asar dan magrib.
  4. Antara azan dan iqamah atau lpasnya.
  5. Ketika bangun tido.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Ketika hujan turun.
  9. Sepanjang malam, sepertiga yg akhir dan waktu makan sahur.
  10. Ketika sujud dalam solat, khususnya pada sujud terakhir.

10 ini adalah antaranya....untuk nak lagi ilmu....belilah buku ini....
Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat.

Tuesday, February 8, 2011

meWArna

salam petang.....:)
gambar2 yg kat bawah nie my kid's punya keje malam semalam....bertungkus lumus menyiapkan keje mewarna...then yg kakak bila dah siapnya...siap tampal pulak kat dinding rmah....da mcm kat skol dia pulak kan....smua keje nak ditampal kat dinding umah...
belek punya belek hasil keje diaorang membuatkan
sy rasa nak "abadikan"  hasil keje2 mereka....
dalam blog nie...


Ini hasilnya drpd Hadif

Ini tentunya keje tangan kakak Athirah....

Bole tgk dan lihat hasil dri mereka berdua....
tentu2 lah yg kakak punya lagi bagus dari adik kannnn.....
watever pun ....itulah hasil terbaik dari mereka.....
i like it very much....:)
 
 

Lagu untuk Hadif



dah buang mix pod dalam blog nie....jdi masuk lagu nie jer 1 sebab hadif suka dengar....supaya senang dan x tercari-cari....video nie...khas untuk hadif

Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Salam...selamat pagi., semoga ceria n happy always.

Ok...pagi yg cerah nie kan, ada masa sikit nak post entry, sy nak story mory skit pasal sebuah BUKU, yg pada saya sngat2 la bagus...dan memang bagus, untuk anda2 memilikinya....
Weekend aritu tu En.Hubby beli...smpi hari nie sy masih lagi membelek dan membacanya.

Buku nie adalah berkisar tentang FARDU AIN, tentang bagaimana kita sebagai seorang muslim menguruskan hidup sebagai seorang muslim/muslimat secara beradab dan berhemah...

Tajuk Buku : Indahnya Hidup Bersyariat
  • Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat ( Modul fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT.
  • PENULIS : Dato'Ismail Kamus & Mohd Azrul Azleen Ab. Hamid
  • Terbitan : TELAGA BIRU SDN. BHD
  • Harga : RM RM55.00 ( semenanjung Malaysia) RM 57.00 (sabah&sarawak)
Buku nie amatlah sesuai untuk anda seisi keluarga....sebab teknik penyampaiannya amatlah mudah...disertakan bersama gambar2 yg berwarna ada jadual ada carta....dan yg penting semua ilmunya adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis sahih...

x rugi pun anda mengeluarkan wang sebanyak RM55.00/RM57.00....hanya kerana sebuah buku yg begitu berfaedah dan bermanfaat...INSYALLAH...


**nnti ada skit masa sy coretkan skit isi2 penting yg trkandung dalam buku nie ya....:) **



Heppy2

Alhamdulillah.....setelah berhari hari (da nak 1week dah...wlaupun bayar on-time)......hari ini....stakat pagi nie......pada time ini...my BB nie still laju....:)
:::
:::
YES !!! can update my blog.......



My BB-Celcom


Monday, February 7, 2011

Saya budak baru


saya budak baru.....budak baru ke saya....hahaha.....i mean...saya baru join satu group blogger ( http://www.facebook.com/home.php?sk=group_173010952720808#!/home.php?sk=group_173010952720808&id=190019764353260&notif_t=like)  nie....sbnrnya niat hati nak cari blogger2 mama....tp stakat nie yg saya jumpa smua remaja2.....
:::
:::
tersalah join ke apa.....watever lah....remaja ker....mama2 ker.....
slalunya remaja lagi in advance yek berblogger nie......:)

Tuesday, February 1, 2011

Insyallah Malay & Arab version......



~ Insyallah Malay version ~
like2 very2 much dis song....but i really like english version .....so nice to hear...n touching....my son Hadif like too.....

::


~ Insyallah Arabic version ~

enjoy it.....^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...