"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Thursday, March 12, 2015

Macaron

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Setelah hampir 5 tahun , baru ada keberanian nak memcuba balik buat macaron. Last buat boleh tgk entry DI SINI , itu la tarikhnya kali pertama buat...dan hasilnya mmg tidak menjadi lansung. Yg jadi pun...ada la 2 3 kut.

Dan wekend lepas, agak rasanya hampir sebulan juga tu dok mentelaah resepi  macaron ni...cara2 dan tipsnya....baru ada keinginan nak buat.

Apalagi...bila angin membaking datang...mmg terus capai segala bahan semua lah... timbang dan sukat segala bahan betul2 teliti...dan hasilnya....

Alhamdulillah sangat2...! Maunya rasa nak melompat  mencapai langit dah rasa gembiranya tu....hehe... 5 tahun tu !! Menunggu dgn penuh sabar...


Alhamdulillah...3 tray...semua menjadi dgn jayanya...tak sia2 lah pepagi dah godek semua bahan kan.:)

Filing nutella

Tapi kemanisan nya mmg boleh buat potong kaki ni kalau makan beria sangat.... Budak2 rumah ni suka pula makannya... ok..nnti boleh try lagi.  Agak2 kalau kurangkan sukatan gula menjadi tdk ye...??

Untuk resepi kali ni, sy folow sini :

Sumber resepi dan tips:

1. Hana Family's
2. Kak.Noor


Resepi macarons dari blog Hana Familys.

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila - hana x letak

Inti :  Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling

 Cara-cara:

Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.
Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) .
 Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering.
Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti.

Nampak mudah kan...tapi nak cuba...try lah...sy tak makan sangat pun...sesaje nak memcuba jer...:)


10 comments:

Nooriah Abdullah said...

tahniah syifa dah menjadi tu, wah bertahun jugak noooo haaha tkpa lah usaha tanggan kejayaan, akhirnyaaaaaaaaa kan montok2 je macaron tu menjadi ..

cheq da said...

Cantik nya

kehidupan sihat said...

cantik macaron...sayang nak makan .hihi

jemput ke blog nana :)

Bbwana adienia said...

cantiknya macaron kak syifa buat tu..wana x penah try buat lagi..

Tihara said...

cantiknya macaron dia
berkilat je tengok
nice ^_^

hainom OKje said...

Pagi tadi dah dtg.....tp dpt satu komen jer, nak komen lain dah hang huhu....
Dari dulu teringin nak buat macaron ni sebab mcm senang tp tray pulak tak de, terus merudum hihi

Rohah said...

melompat girang dah ye syifa...akak takut2 lagi nak lompat nih...bau sampai sini tauu..

Kakzakie said...

Apa yg pasti masa picit tu pun nak kena pandai Syifa. Kalau tak size mesti tak sama. Bila menjadi mestilah happy:)

hainom OKje said...

Singgah sini sat..... mana entri baru?

Kesuma Angsana said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. cantik color macaron ni hijau !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...