"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Thursday, May 14, 2015

Swiss roll

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Hari ni... nak cerita  resepi lagi... kalau tau gini punya senang buatnya....lama dah buat.. hehe... senang pada sy tu... sebab bahan2 nya yg ringkas. Tak perlu nak ayak sana sini ( sy pling x suka nak ayak2 bahan, tp itu la yg mmg kena bila ikut resepi tertentu).

1st trial yg agak mendebarkan sikit. Sebab rata2 ada yg kata... nanti bila nak roll keknya patah. Aduhhh... itu lah punca sebabnya sy selalu tangguh2 nak membuat kek ni.


Tapi alhamdulillh... resepi ni mmg senang dan best..kek tak patah.. dan senang nak gulungnya. Tp sebab sy "tamak" meletakkan krimnya.. bersememeh jadi kek ni... hehe... next time.. boleh adjust mana yg patut lah.

Ok..cek resepi sini ya.

Sumber : Bila Chah ke dapur

Bahan-bahan:

Saiz loyang 10 x 10 in

Bahan A
3 biji kuning telur
75g gula kaster
40ml minyak jagung/butter yang dicairkan
50ml air
80g tepung gandum
1-2 titis esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
1/2 tsp cream of tar tar
2 tsp gula halus

Bahan/keperluan  lain

Pewarna kesukaan
parchment/baking paper
marjerin
piping bag
Filling kegemaran

Cara-cara:
Sediakan loyang.Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.

Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen, diikuti dengan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.

Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.

Ambik anggaran 2 sudu besar dan masukkan pewarna merah. Masukkan ke dalam piping bag.Ambil lagi anggaran 2 sudu besar dan letakkan pula pewarna biru. Masukkan ke dalam piping bag.Gunting muncung piping bag dan lorekkan sebarang bentuk  ke atas loyang.

Bakar seketika anggaran 1 minit atau sehingga permukaan love tadi menjadi agak kering.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

Tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas bentuk  tadi. Ratakan dengan spatula.Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak.


Sejukkan sebentar sebelum digulung.Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.

Ratakan filling.Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan

Dalamnya filing blueberry dan fresh cream 

Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipotong.

Siap... nampak panjang dan banyak step kan... tp percayalah... kalau tak try..tak tau...yg sebenarnya... senang dan kejap aje...daripada nak sediakan sebiji kek tu kan......

Rasa tak puas nk menggulungnya...hik3...tp keje banyak skit hari ni... setel la dulu mana yg patut kan...

Selamat mencuba...jangan ragu2... :)


16 comments:

Kayu Manis said...

wowo cantiknya..dh mcm rimau bintang purple..

teringin juga nak bt nanti...tq resepi tu ye

Rai OurKizuna said...

syifa!!!! jelessss.. anak2 dan saya mmg suka kek ni..tapi bercinta nak membuatnya.. nak cuba pulak lah.. tq ya resepi..

Kakzakie said...

Menariklah Syifa. Kalau kakak tak rajin nak buat kuih yg leceh-leceh ni. Makan aje suka:)

lieyalatif said...

cantik syifa...ni kalo budak2 tgk mesti suke nie....lieya dah slain resepi...leh buat projek baking ngan anak dare...sure dieorg excited...tapi kene cari kaler pink laa nampaknyer nie hahahaahah

lieyalatif said...

cantik syifa...ni kalo budak2 tgk mesti suke nie....lieya dah slain resepi...leh buat projek baking ngan anak dare...sure dieorg excited...tapi kene cari kaler pink laa nampaknyer nie hahahaahah

adda syuhada said...

sedapnyer...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya swiss roll.. sememeh ke?? Nampak cantik jer. akak suka makan tapi takde hati nak buat ntah knp.. rasa cam tak pandai.. huhu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajinnya syifa ni.. akak kalau kek ni selalu beli kat kedai je :)

Bbwana adienia said...

wah cantiknya swiss roll..wana penah buat tapi patah..lepas tu tak buat sampai sekarang..huhu

Puan Wawa said...

Wahhh, bestnye.. Wawa suka membaking.. Tpi kne tggu mood rajin..hihi

hainom OKje said...

Awak ni mmg minag buat kek kan AM...
Betul betul.....kadang tu nampak remeh tp sebenarnya senang jer buatnya. Mak ai cantiknya kek gulung ada tompokan merah lagi....hihi

Rohah said...

heheeee...akk pun dah lama xbuat roll...baru try sekali ari tu..kikiii

Ummiakid @ lily said...

waaa... sekali intai dapur nampak roll roll...akak lom pernah buat. waiting list punyalah banyak...kalau jalan kaki KL JB leh sampai tu...hehee...

nampak mengoda...bak sebantal

Cho Zila said...

wow rajinnyer saya belijer cam susah bebeno.. baca resipi cam mudah..
salam ramadan dan selamat hari raya...

aizamia3 said...

Lama tak singgah sini.. ;)
Mudah andai memang betul nak buatnya.. kalau sekadar tengok tapi takde niat nak buat memang tak jadi apalah.. ;)

lieyalatif said...

lama syifa menyepi....

*******

Assalamualaikum…

Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat syifa sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...