Tadi nak bw...tapi line slow...dashbord tak keluar apa2.....kejap2 lagi ok agaknya kan..nanti...sy jalan2 ya...
Hari ni nak share lah resepi rendang yang sedap ni. Kalau ambik resepi di dapur K.Azie, insyallah tak mengecewakan tau... menepati selera sy. Tapi kalau ada yg cuba kata tak sedap tu...tak tau la saya kan...tekak kita lain2..!
Kalau semua manusia ni sama je tekaknya...dah macam mana pula gitu.
Pertama kali buatnya, masa mini open house hari tu...ni teringat balik...cepat2 le up resepi. Pada Kak.Azie, mohon share resepi ye kak...terima kasih kongsi resepi yg best ni...
Resepi asal : Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb jintan manis )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan hiris halus:
30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm halia
5 -7 batang serai
Cara cara:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama dua hingga empat jam.
Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging. ~syifa pun ikut k.azie...hanya buat separuh empuk je daging yg dimasak dalam presure cooker tu, ..sebab nak reneh dia kan lama...jadinya dah masak tu...lembut dia..mmg sedang2 aje.
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
*sy buat hari tu kurang pedas sikit...asben komplen...mak pun komplen....kikiki...tak pe..next time kasi tambah lagi cili...
Sila la cuba....syawal dah tamat pun...nak buat makan dan sendiri rasa...apa salahnya kan...:)

Sy perap dari tengahari sabtu tu...sampai ke malam., lepas isyak baru masak.. Lama kan...siap pegi open house lagi...:) |
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
*sy buat hari tu kurang pedas sikit...asben komplen...mak pun komplen....kikiki...tak pe..next time kasi tambah lagi cili...
Sila la cuba....syawal dah tamat pun...nak buat makan dan sendiri rasa...apa salahnya kan...:)
kalau akak yg masak mesti nak pedas2 kalau tk tarak kick lah syifa kan
ReplyDeleteMmg teringin nak buat rendang tok ni AM.....ohhh tak payah buh ketumbar yeh....cuma jintan jer.... Nape ek cuma ambil hampas lengkuas jer.....misteri sungguh rendang tok ni kan AM...
ReplyDeleteSuami saya orang Perak tapi masih tak sempat nak belajar buat rendang dari kakak ipar.
ReplyDeleteRendang tok...fuh! memang sedap dimakan! Kenapa rendang tok ye...bukan rendang nenek? Tok yg masak agaknye... :)
ReplyDeleteNak buat lawak lew tu....
DeleteAs salam Syifa,
ReplyDeleteSaya memang suka rendang daging. Memang susah nak dapat rendang daging yang sedap. Kalau ke majlis rumah terbuka, mesti cari rendang daging. Inilah satu satunya resepi yang MIL ajar dengan cara memasak bersama sama kerana nak tunjukkan step by step.