Kek ni...lama dah tak buat...last buatnya sini dan sini ..masa ni...tak ingat resepi tu ambik dri mna...yg ini pun ok resepinya....
Untuk kali ni....resepinya sy ambik dari blog K.Nor (secubit garam), sy share resepinya di sini ye kak......buat simpanan.., adunan ni sy buat separuh sahaja.
KEK GULA HANGUS
(resipi asal arwah emak K.Nor)
1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..
Yg ni versi K.Nor yg dah diedit sbb nak buat dlm portion yg sikit. Hasilnya spt dlm gambar kat atas tu..
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat
updated:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.
Published with Blogger-droid v2.0.10
mmg sedaplah , KA plg suka kek ni tau !
ReplyDeletelast sekali buat kek gula hangus, kena gula panas di atas tangan, berparut besar duit 20 sen... terus tak buat sampai sekarang -_-
ReplyDeleteHari tu buat tak jadi..Makan sepotong buang gitu je.. Keras betul tangan ni nak membaking bagai tak reti..uhhuu..
ReplyDeleteTengok orang buat, senang dan nampak sedapp je..Sabar jela..
Ada terbayang2 nk buat kek gula hangus arini, tetiba ternampak lak kat sini hehe..terliur sudah
ReplyDeleteAsyifa..gambar yang 1st tu cantik betul sarangnya...kak ina kalau buat asal ada sarang sikit jadi la..he he..
ReplyDeletecantik kek...makan ptg kena dgn kopi panas...meletop
ReplyDeletetgk kt sini tayang kek gula hangus...teringin plk nak membuatnya..
ReplyDeleteterkejut tgk resep yg pertama sampai 12 biji telur hehehe mmg suka makan kek gula hangus, ni tak jemu.
ReplyDeletesedapkan kek tu..baru jer buat minggu lepas...sekejap jer habis anak2 makannya..
ReplyDeleteSalam singgah petang sambil membaca & follow yer!
ReplyDeleteKek gula hangus ni tak jemu Syifa. Kakak suka kek ini. Kakak ipar kakak selalu buat kalau ada kenduri kendara..
ReplyDeletebelum penah try buat sendiri lagi kek gula hangus ni...rsnya cam nak kena try jugak hihi
ReplyDeleteNanti saya akan mencubanya jika berkesempatan :)
ReplyDeletefaveret saya ni
ReplyDeletedulu pernah buat,tp sarangnya x menjadi...
ReplyDeletecantik hasil sarang dia..suka tgk
ReplyDeleteCantik hasil sarang dia..sebijik mcm sarang lebah...
ReplyDeleteKuib gini PIL suka ni AM...cuma menantu dia je yg kurang rajin nk buat hehe
ReplyDeleteKuih ni kan, kuih fav sy tau. Alamak, mana nak cri ni? Sy ni mls nya nak msk sendiri. Tapi tgk pic ni, teringin sgt....
ReplyDelete