rasa x sekarng cuaca mcm mna?? panas kan...
panas dan kering...!! angin pun mcm susah jer nak lalu.....
keadaan panas nie..ramalan kaji cuaca kata, disebabkan terjadinya Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.
antara ayat2 lam berita tu :-
Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
1 comment:
mmg panas yg teramat panas..sebelum tido malam pasti sy mandi dulu..say pun ade terbace artikel berita ni dlm BH hri ni..
Post a Comment