Assalamualaikum.
Ingat sy lagi ke ?? Hehe...ntah apa mimpi la kut hari ni macam tiba-tiba je muncul mengupdate blog...
Tak pandai dah nak karang ayat ni ha...hampir 2 bln kot , blog tdk dikemaskini....maaf le...masa yg x berapa nak ada...sy bw pun..random saje...takat mana yg mampu nak jenguk kwn2...
Ok...nak share resepi yg baru pertama kali sy cuba...dan pertama kali sy bereksperimen masak kek steam mengunakan presure cooker...
Kek buah ni..kalau ikut resepi kena kukus 2 jam ke 4 jam...jadi mcm sangat2 malas la sy nak mengukusnya atas dapur...tambah lagi...malas nak tambah-tambah air dalam periuk kukusan tu....paham2 je la kan...2 ke 4 jam...for sure la airnya akan semakin berkurang kan....
Tapi..! Bila masak guna PC...hanya semudah ABC...anda tekan timernya...tidak perlu tambah2 air...dan biaran saje PC beroperasi...hehe...mudahkan??
Ini hasilnya.....taraaaaa...
Kek ni dah habis pun.....seminggu lepas dah kejadiannya...baru hari ni terlebih rajin nak buat entry.
ok...resepi ni sy jumpa di dapur K.Azie..., K.Azie pula kata dia dapat dari dapur K.Chahaya Shiela...apa pun...thx pada mereka sebab sudi share resepi best ni..mohon share di sini juga ye...thx kakak2 yg mmg hebat memasak ni...!!
Resepi : Kek Buah
sumber :
1.Chahaya Shiela Spice Journey ~ http://spicesjourney.blogspot.com/2012/09/kek-buah-kukus-sulongku.html?m=0
2. Azie Kitchen ~
http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/kek-buah-campuran-kukus-yang-sangat.html?m=0
Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer) #syifa pun guna 250gm..sebab malas nak simpan2 yg lebih tu sebenarnya...:)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence
Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala
Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.
*untuk cara mengukus..boleh rujuk blog K.Azie dan K.Shiela
* syifa masak menggunakan PC ~ panaskan air dlm presure cooker~ set time 5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek (air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi kek yg ditutup dengan aluminium foil...juga diikat tepinya supaya foil tdk terangkat.
~ Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.
~ bila time tamat, keluarkn wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.
~ apa yg bestnya.., set time aje...dan boleh buat kerja lain...air pun tak payah ler nak ditambah tambah....mudahkan...:)
Hasilnya tetap sedap !!!
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Psttttt ~~ entri ni tertunggak hampir seminggu...baru hari ni dapat siapkan...kesian kan...huhuhu...