"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Wednesday, December 14, 2011

Kira-kira yg mudah !!!!

Assalamualaikum...awal pginya dah update blog....bkn apa...boring tggu anak² bngun tido....kojer umh pun dah setel...so..pepagi nie...melayari tenet le jwabnya..........:) dan hasil jln² kat 1 group pagi nie...makanya sy jumpa sedikit info nie....KIRA-KIRA YG MUDAH !!!...........nape sy katakan mudah...?? sbbnya..snang kiranya...tp kekadang amat payah atau lalai utk mengikut segala suruhanNya.....x susah pun kira-kira nie...hanya nak bagi anda paham jer......x suruh mengira pun...sebab penyelesaianya...sudah diselesaikan....hanya perlu muhasabah diri saje........
mari renung-renungkan...dan selamat beramal.............:)

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia

1 TAHUN akhirat (365 HARI akhirat x 1000) = 365,000 TAHUN dunia

1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.

SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.

SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)

lagi?

Still boleh relax2 sebab anggap kalau kita Islam ni, lepas kena azab je terus masuk syurga???

BARU DUA SAAT SENTUH API PUN TAK TAHANN !!!!!

masih x takut lagi ?? masih lagi nak tinggalkan SOLAT ?? x tau nak cakap apa...........sendiri jwablah "DISANA" nanti..........."selamat berjuang utk mempertahankan diri....tgk sape yg lagi KEBAL...!! ANDA ? atau YANG MAHA PENCIPTA !!!  
tq google
wallahua'lam...
 

Monday, December 12, 2011

Custard Teacake

Selamat memulakan minggu yg baru...isnin hari nie...semoga lebih ceria dari hari hari yg semalam....sebenarnya nak cerita satu resepi yg agak sedap jugalah....dpt dri dapur Kak Lily......nak buat pun senang.....:)..


Next time insyallah akan buat lagi...tp mybe sy akan tambah sukatan utk castardnya....sbb bgi sy...penyedapnya adalah inti kastard tu......mmg sedap.....alhamdulillah.....:) 

disini sy kogsikan resepi yg sedap nie ye :-

Resepi asal : Ida 1001 resepi ..


Bahan kek :-

125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Custard

1 camca besar tepung custard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-
 
1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
 
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci 
 
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
 
4.  Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
 
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...
 
Selamat mencuba....insyallah sedap..... :)




Thursday, December 8, 2011

Asam pedas Ikan Pari

Alhamdulillah....masih diberi kesempatan lagi utk bernafas hri nie....boleh lah update lagi...dan lagi...dan lagi....:)...today punya lunch hari nie....siap dah masak....


Asam pedas ikan pari....gara² tengok masterchef M'sia smlm ada peserta yg mna ntah....x ingt nmanya...masak asam pedas....jadinya hari nie mcm teringin nak makan....+ bhan-bahan yg mmg dah ada dlm fridge tu....maka jadilah ia sbgai menu utama hari nie.........:)

Ok...jom makan....selamat menjamu mata + menjamu selera......^__^


Wednesday, December 7, 2011

Kek Choclate Kukus Munira

Alhamdulillah.....smpt gak nak update nie...semalam x berkesempatan nak update kek yg sedap nie...sbb pgi rumah SIL...tolong buat bubur asyura....balik dah nak malam....mlm pulak..mcm malas dah nak bukak blog...jadinya...gambar kek nie.."terpendam" lah seharian....

Kek choclate kukus nie..resepinya dpt drpd dapur kak Madiha nie.....tp keknya lagi cantik lah...sbb toppingnya habis semua...sy topping tang atasnya saje...pas tu tabur ler choc rice kaler putih....tu pun alhamdulillah la bila anak² ckp sedap kan....x sia² la mencubanya....


Letak gambr sepotong jer cukup....jamu mata kan....so klau nak...boleh cuba resepi nie...( tq pada tuan punya resepi kak Munira Baharom)

Resepi asal : Kak Munira Baharom (Kongsi resepi fanpage)
Sumber : kak Madiha


Resepi :-

Bahan-bahan:

Bahan A

* 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan susu pekat (MaDiHaA guna 3/4 cawan aje)
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde

* semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

* di ayak

Bahan C

4 biji telur - diblender - nak pukul smpi kembang pun boleh.

Cara-cara :-

1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak.
3. Panaskan kukusan, Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama takut kek jadi mendap.
4. Bila dah sejuk, hidangkan dgn toppingnya....hias ikut kreativiti masing² ...

Selamat mencuba.........^__^

Tuesday, December 6, 2011

Ciri ciri isteri solehah

tq google
Info nie sy dpt masa blogwalking tadi....x salah rasanya nak share di sini, sbgai panduan sy....dan utk sahabat sahabat blog sy juga, semoga perkongsian info nie...mendapat manfaat utk semua wanita muslimah....pada tuannya....terima kasih bnyk² atas perkongsian yg bermanfaat nie.....

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

bersama menjadikan ia sbgai panduan....insyallah....





Monday, December 5, 2011

Masih terasa penat itu....

Assalamualaikum....salam sejahtera, dah lama x hupdate..last update pun 22/11 hari tu.... bzy pindah umh...dan penat tu..masih lagi terasa.... lgi tambah penat bila tgk rumah bersepah...mmg x boleh nak goyang kaki lah selagi ada nmpak barang yg buat menyemak mata nie...masuk hari nie...kiranya dah seminggu menghuni di rumah baru...alhamdulillah....suasana baru...persekitaran baru...jiran baru...:)...jiran sebelah kanan n kiri lum masuk lagi...masih tgh nak ubahsuai rumah....nie antara pic yg smpt snap hari tu di rmh lama..... to all family members yg dtng tolong....thanks banyak² .... budi dan jasa semua....x dpt nak dibalas dgn kata-kata....smoga Allah s.w.t juga yg membalasnya........

dah kosong....tggu nak angkat jer rak nie.....

bdak kecik tu....ada di mana-mana....nak tolong mcm x tolong.....!

yg kecik antar pkai kete....yg besor2...lori angkat.....

sesi penuhkan lori.....

nie jer pic yg ada....stakat nie...masih ada lgi kotak2 yg masih x smpt nak kemas.....


Tuesday, November 22, 2011

Mini Cupcake

Dah petang dah....cuaca petang nie alhamdulillah...cerah...dan mmg x de tanda nak hujan....panas..ok la..kain pun sudah kering.....rajin skit hari nie..buat mini cupcake je...ok la kan...dari x buat apa pun...saje try resepi baru...nie lah rupanya mini cupcake sy....comel je...skali ngap dah abis....tapi anak² kene 2 kali ngap lah....:)


Pada yg nak mencuba...bawah nie resepinya ye :-
 
sumber : http://soulain.blogspot.com/2010/01/resepi-cupcake-vanila.html

Resepi :-

Bahan-bahan cupcake

untuk cupcake:

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
1/4 cwn susu segar

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara 

1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu(warnanya bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.pukul lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat - ayak dulu. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung, pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4. dah siap sy bahagi 2 adunan - 1 yg asal, 1 lagi + dgn strawberry emulco*-1 sudu.(* sy + sendiri)
5.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
6.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
7.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
8.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.


Selamat mencuba pada yg berminat ye....:)


Monday, November 21, 2011

Jeruk Madu Pak Ali...

Hari nie nak cerita pasal jeruk....hehe...sape x tau jeruk...mmg la...! x tau nak ckp apa...skang nie nak cerita pasal Jeruk Pak Ali...famous di peneng, buatan orang melayu bumiputera...memang terbaik...memang sedap...!!!!

Asalnya hasben bawak blik jeruk nie, katanya kawan baru balik peneng bagi....sy x brani sebenarnya makan² jeruk nie..sebab ada asthma, kalau makan jeruk....sikit pun jadilah...mmg konpem la kene ambik pam lepas tu...TAPI....bila makan jeruk Pak Ali nie...smpi nak abis satu plastik.....mmg terbaik...! rasa mcm sy dpt balik nikmat makan jeruk dgn jayanya...tanpa nak pakai inheler pas tu....alhamdulillah.....ada gak jeruk melayu mcm nie....mmg lepas tu...makan x hengat la....:)

Dan semalam, balik dari JB...dan singgahlah kat RnR Machap.....lepas mnum ternmpk 1 kedai ada banner Jeruk Madu Pak Ali....apa lagi....ku sambar 1 bekas....mmg terbaiklah....! x tau nak ckp apa....semoga Pak Ali terus suksess lah....ssh nak cari jeruk buatan melayu nie...yg ada dipasaran tu...terlalu bnyk cukanya...tu pasal tekak x tahan....!

ok...sy nak makan jeruk  !!! daaaaaa..........


Sedikit info yg sy dpt pasal Jeruk madu Pak.Ali nie :-

JERUK Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan dan kesihatan, air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan telah memperolehi sijil halal Jakim.

Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia,
Bermula tahun 1985 jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan, dan kini beroperasi di IKS Tawar,
Berbagai jenis jeruk dapat diperolehi di sinI,
Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang.
KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI
Seratus peratus pengusaha Islam.
Tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa.
Menggunakan madu lebah asli.
Tidak mengakibatkan Batuk
Air jeruk jernih.
Menggunakan pengawit yang sedikit,
Diyakinan Halal.
JENIS-JENIS PRODUK JERUK MADU PAK ALI
JAMBU BATU
SENGKUANG
KELUBI
BETIK
MEMPELAM
PELAM SALA
KELUBI
SALAK
PALA
BERMACAM LAGI JENIS JERUK YANG ADA DAN SEDIA UNTUK DINIKMATI.

nak tau lanjut....boleh refer SINI kut.....



Saturday, November 19, 2011

KETAYAP POLKADOT

Sekarang nie..musim polkadot, dari kain...sampai la ke makanan...semuanya nak buat corak² polkadot, menarikkan.....apa salahnya mencuba sesuatu yg baru....selalunya dok makan ketayap atau orng panggil kuih gulung nie versi biasa jer kan.....dan kali nie..sy telebih rajin.....maka jadilah ketayap polkadot, nie sebenarnya semalampunya menu utk minum petang, tp petang nie baru nak update....biasalah...klau cik "M" suda mariii kan...


Nie ler rupanya ketayap dot² ku....hehe....tp yg ni x pakai inti kelapa, sy pkai inti kentang, mcm inti karipap tu...bagi yg nak mencuba tu....sini disertakan resepinya.....

Resepi :-

Bahan tepung.

2 cawan tepung gandum
1 biji telur 
1/2 cawan susu cair atau santan
garam secukup rasa.
air secukupnya.

Inti : ikut citarasa - selalunya kuih ketayap atau kuih gulung nie orng letak inti kelapa.

Caranya :-

1. Satukan semua bahan tadi- kacau smpi tdk berketul, guna (senang blender je, pastu tapis)
2. asingkan skit adunan tepung lg biar pekat,(utk buat dot dotnya) kacau sebatikan, letak dlm piping beg dan gunting kecil muncungnya.
3. Panaskan kuali-senang pkai pan x yah letak mnyk.- sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (kemudian cepat² dot² kan atas adunan dengan tpung yg dah kaler tadi.
4. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
( angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
5. Terus letakkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Selamat mencuba.....^__^

Monday, November 14, 2011

Donut

Assalamualaikum......lama suda x ada n3...bukan  ape.....bila M besar dah dtng....nak buat apa pun suda x de mood...nie nak citer pasal donut nie....., semalam punya masak...hari nie baru nak letak...donutnya pun dah abis...


nie lah rupanya donutnya....ada yg nak letak choc putih, ada yg mntak nak choc saje.....ibu pun ikut kanlah kehendak anak-anak...janji abis...! 

itulah rupanya, sbb x pakai acuan donat, serius...sy pakai gelas dgn ttp botol nak bagi bulat, janji ada rupa donut...:) next donut teringin pulak nak buat bentuk bulat bulat je...letak gula...tp Athirah dah siap sound...dia x mo letak gula.......x bes katanya...leceh nak pegang........mcm  macam la anak-anak nie.....

sebenarnya resepi dri donut pelangi, sama je..cumanya kali nie sy x pelangikan la.....sbb nak letak choclate kan...so x yah letak kaler²....resepi donut boleh rujuk SINI. pada yg nak mencuba tu...silakan lah....


Sunday, November 13, 2011

DOA DIPENUHI HAJAT SEBARANG HAJAT DI HATI




Ertinya: "Wahai Allah, cukupkanlah aku dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu dan cukupkanlah aku dengan anugerah-Mu dari selain-Mu.


* Bacalah surah al-Ikhlas (Qul auwallahu ahad) sebanyak 100 kali setelah solat Jumaat (atau solat zohor pada hari Jumaat), kemudian bacalah doa dia atas, insyAllah akan termakbul segala apa yang dihajatkan di dunia dan di akhirat... Amiin.


sumber : https://www.facebook.com/DoaMustajab

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah......

Alhamdulillah.....masih dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan di muka bumi nie....hari nie ada masa skit nak bercerita....n nak jnguk² blog orng lain. lately nie bzy skit....bzy sbb ambik tempahan.....x dan nak masuk blog....! orng utara kata.."x dan" tu x smpt...:)....ok..sape sape nak tempah, boleh tgk SINI .

Gambar-gambar nie antara tempahan yg dibuat semenjak dibuka secara on9.
Seremban - lady bird / bee / polkadot
Asmah - Ipoh

tmphn dri KL


Utk orng Shah Alam

nie utk customer from Nilai, N9.

ok...tu saje utk cuci cuci mata...berminat nak tempah.. boleh tgk smuanya kat SINI


Monday, October 31, 2011

Telekung Project

Assalamualaikum, apa khabar anda hri nie....semoga hari nie lebih baik, lebih ceria, lebih gembira hendaknya kan...berapa banyak nya lebih la....watever pun hidup mesti diteruskan......

ok..pagi² isnin nie dah mula lak merajinkan diri nak menghupdate blog...bukan apa..sbb ada somting bende yg interesting yg sy nak share kan sini...somting yg boleh menambah saham kita di akhirat, nak menambah pahala nie...kadang-kadang senang je...x ssh pun...tp kita manusia nie yg rasa ssh kan....watever lah, janji sy sebarkan niat murni saudara muslim kita nie....

Someting yg interesting tu...( bagi sy lah....x tau pada pandangan mata hati anda) satu projek yg sy rasa sngt² mulia....sangat² baik...usaha yg perlu pengorbanan masa, tenaga dan dah tentulah wang ringgit....tp apa nak kisah kan sbb ianya smua utk menambah "saham" di akhirat.... 

Kat sini sy nak sharekan satu page di Facebook nie..page TELEKUNG PROJECT , jom sama-sama kita LIKE page nie...dalam usaha membantu adminnya Puan Azila Aziz nie utk kembangkan lagi usaha murni beliau. 

Cerita sikit...apa dia telekung project nie ?? 

ok lah......anda yg berminat...boleh rujuk SINI... harap ianya dpt membantu....semua dah diterangkan dengan jelas disitu....dah baca ?? so..jgn lupa kita pakat ramai² LIKE pagenya...

p/s : jom kita tambah amal !!!........... ^___^



Saturday, October 29, 2011

Kelebihan ayat kursi

Ayat Kursi:-

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

p/s : Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Khasiat kacang panjang

tq google
Khasiat Kacang Panjang:-

1. Kacang panjang amat berkhasiat untuk merawat reumatik, arthritis dan gangguan saluran kencing. Ia juga berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, gangguan ginjal dan gatal-gatal.
2. Kacang panjang juga berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecil risiko strok dn serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, dan mengatasi sembelit.
3. Kacang panjang yang memiliki sifat antikanser dapat membantu mencegah kanser payudara dan kanser darah.
 

Friday, October 28, 2011

APAM TEPUNG BERAS

kenapa ye lately nie...malas sngt la nak hupdate blog nie.....nie pun mcm terpaksa nak merajinkan diri nak update...mood udah terjun laut gaknya............huhuhu......

so malam nie..sy merajinkan lah diri nie...masukkan gambar kuih yg duk buat petang tadi......1st time buat nie...dah lama teringin nak buat...masa yg x de...jdinya..hari nie mcm rajin la skit...buatnya pun x leceh.....ok..resepinya kat bwah ye...



Resepinya :-

sumber : http://www.jintanmanis.com


1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:

1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam.
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

 selamat mencuba pada yg nak cuba..........:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...