"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, February 27, 2015

Rainbow Cake

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Hujung-hujung februari.... baru muncul kembali...keh3...nasib la kan, Idea tu ada, tapi tak tau nak mula macam mana ( alasan!!!)

Ini kisah CNY hari tu la ni. Memang tak ke mana pun...duk umah...main masak2... nak pgi bejln sana sini...pun mmg x la kan...dah nama public holiday...sana sini la padat orgnya...

Sudahnya...dok rumah...kumpul lemak...pastu 'bakar'... kumpul je bnyk nya...'bakar'nya...alahai... malas nak cerita...


Dah panjang pula ayat ni...dapat menulis...camni pula jadinya... ok...meh tengok resepi ni. Semestinya dari blog Kak.Ita, pakar kek ni...kalau buat kek2 ni...mmg suka lah refer blog K.Ita..hasilnya....insyallah tak mengecewakan.Juga dari blog K.Yatie , sy ikut dia punya krim.


Sumber :

Azlita Masam Manis
Yatiememories.blogspot

Resepi : RAINBOW CAKE

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Untuk Cream Cheese Frosting : refer blog k.yatie

Bahan :

250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
** syifa tambah 1 sudu besar air perahan lemon, baru rasa masam2 manis sikit**


Selamat mencuba.

Wednesday, February 4, 2015

Roti Kentang ( Bun kentang)

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Semangat tengah ada ni kan...molek lah kiranya mengupdate blog ni...nanti bila semangat dah down... hampir berbulan lagi ditinggalkan...

Hari ni...nak share resepi roti kentang. Tak lah sehebat macam roti di kedai2 roti tersohor dan ternama tu kan... lepas kat anak tekak keluarga... kira ok la dah ni...

Dan yg penting...tiada pengawet! Mesti habis sebelum 3 hari... hehe...tp setakat ni..roti2 yang manis2 ni...tak sampai 3 hari...dah lenyap ditelan budak2 ni...

fresh baru masak tengahhari tadi..... testimoni belum lagi...sebab budak2 tak balik sekolah lagi...


Resepi :

Sumber : Ros jintanmanis.com


Bahan-bahanya

350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.



Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan,

Nota: Kalau nak permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.


**utk setiap doh..syifa timbang 30g

Selamat Mencuba.

Tuesday, February 3, 2015

Apa khabar?

Assalamualaikum...

1st entry 2015....

Ingat kat blog kita lagi tak? Apa....tak ingat! Normal la tu...tuannya pun mood berubah ubah nak update.Ni pun ntah angin mana yang hembus...tetiba rajin pula....last entri 2014, dah azam nak selalu update....tak juga ada yg baru kan..nak buat macam mana...tinggal macam tu je la...

Ini nak post new entry pun dok tekan2 kat bahagian post...pasal la tak keluar2 box nak taip ni...rupanya salah tekan...patut klik kat new post... Nampak sangat lamanya tak buat sebarang post.

Pun tak berani nak janji lepas ni ada tidak new entry...tapi...insyallah akan dicuba setakat mana yang mampu.


Gambar pertama 2015. :)

Roti sarang lebah....jadilah kan...gambar pertama pembuka bicara gitu...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...