Terima kasih pada kawan2 yg meninggalkan ucapan di entry dibawah.
Dah jadi tenggelam timbul pula sy lately ni..., mana la tidaknya....mood mengemas datang dengan tak disangka sangka....abis luar dan dalam rumah nak di kemas.... tu pun tak siap lagi....pasu dan tanah masih lagi tonggang tebalik...huhuhu....
Sebelum merapu ntah apa2 lagi kan...sini sy nak share resepi agar-agar sedap....dan senang nak buat ni.
Resepi...! Resepinya sy ambil dari Kak Seri... , kak...sy share sini pula ye...:)
Sumber resepi : Seri Kandi Tanah Jauhar
Bahan A:
8gm serbuk agar-agar (saya guna sepeket/10gm)
3 cawan air (saya guna 1 liter)
1/2 cawan gula pasir
~didihkan semua bahan A
Bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
170 ml susu cair
Bahan Lain:
2 sudu besar mentega/ marjerin
pewarna dan perisa ikut kesukaan anda
~ Kisarkan semua bahan B di dalam pengisar sehingga lebur... huk2
~ Apabila campuran agar-agar mendidih, masukkan bahan B, kacau rata.
~ Kemudian, masukkan mentega yang telah cair, kacau rata sehingga mendidih dan tutupkan api.
~ Bahagikan adunan kepada beberapa warna atau perisa. Sendukkan selapis-selapis ke dalam loyang acuan tanpa mengacaunya sehingga penuh loyang atau habis adunan.
~ Sejukkan dan simpan di peti ais sekurang-kurangnya dua jam sebelum dihidangkan.
--------------------------------------------------------------------------
Cara masak agar-agar menggunkan pressure cooker noxxa
Basuh agar-agar, masuk dalam periuk , masukkan gula dan air (ikut resepi dan sukatan air seperti di atas)
Tutup, tekan fungsi pressure selama 3 minit, pastikan tombolnya diletakkan di pressure.
Dah habis berbunyi, buang dulu tekanan dia...buka penutup, masukkan BAHAN B tadi. (Ikut resepi di atas.)
Tekan button steam 2 minit sahaja. Dan tombolnya mesti la duduk kat steam juga.
Siap! Keluarkan...letak la pewarna...ikut le nak gayakan camna adunan tu...
Mudahkan...tak sampai 10 minit masaknya...jimat masa...jimat gas tau...:)