"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, August 29, 2014

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Kelas kan nama dia.! Huhuhu...victoria tu nama orang yg mula2 cipta kut....sandwich sebab dia kena letak jem antara dua tu, .gitu la gaknya kek ni dapat nama...( main pandai2 sy je ni...kalau salah...sila betulkan)

Tertarik nak mencuba kek ni sebab selalu sangat tengok Instagram Tengku Puan Pahang dok buat kek ni...lepas tu tertengok pulak kat ig bakers2 yg meniaga kek.....customer diaorng kata sedap la apa la kan...sy yg baca ni pun...macam tergoda u..!


Cari2 resepi.....jumpa la kat Blog sis Honey Barney...yg dah dia translate kan dari blog Rima....lama juga terperap resepi ni...baru la 2 3 hari lepas dapat membuatnya...biasa la...time tu mood rajin sudah mari....:)

Ok...sini sy sharekan resepinya ya....copy dari blog honey barney jer ni...:)

Resepi :

Asal : Rima ~ Bisous À Toi english version
Honey Barney versi melayu

Bahan-bahannya
250 gm mentega (unsalted butter)
250 gm gula castor ~ gula ni syifa kurangkan sikit..., guna 180gm.
250 gm self raising flour
250 gm telur (lebih kurang 4 biji setengah hihihi, korang timbang tau)
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam*
2 sudu besar susu

Hiasan

Whipping cream ~ putar kental
Bluberry jem
~buah2 tak letak...guna apa aje yg ada ~ nk letak pun boleh..


Caranya :-

1. Panaskan oven dengan suhu 150'C  (ikut oven masing-masing ya)
2. Griskan 2 loyang 8" dan letakkan kertas
3. Ayakkan tepung dan garam. ketepikan sebentar
4. Pukul mentega dan gula hingga kembang (warna putih)
5. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar pelahan selepas setiap kali masukkan telur. Kemudian masukkan esen vanila.
6. Masukkan tepung yang telah diayakkan tadi, gunakan spatula dan kaup balikkan adunan sehingga rata
7. Masukkan susu dan kacau sekata (hingga mendapat adunan 'dough cake', tidak terlalu cair )
8. Masukkan ke dalam loyang-loyang (kalau nak sama berat, gunalah penimbang atau agak-agak untuk 2 loyang). Ratakan dengan spatula
9. Letakkan bahagian tengah oven dan bakar lebih kurang selama 30 minit atau masak.
10. Dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan ianya dalam loyang lebih kurang 10 minit, kemudian barulah diletakkan atas 'wire rack' serta dibuangkan kertas alasnya.
11. Sejukkan barulah dihiaskan ikut kreativiti masing-masing ya.


Jangan tanya sy punya...kalau buat kek kat rumah ni...memang umurnya tak berapa nak panjang.....

Esok weken...cuti pula tu kan...bole la kalau nak mencuba...:)

Tuesday, August 26, 2014

Rendang Tok dari Azie kitchen

Terlebih rajin pula hari ni...sampai 2 kali up entry...mood datang...apalagi kan..:)

Tadi nak bw...tapi line slow...dashbord tak keluar apa2.....kejap2 lagi ok agaknya kan..nanti...sy jalan2 ya...

Hari ni nak share lah resepi rendang yang sedap ni. Kalau ambik resepi di dapur K.Azie, insyallah tak mengecewakan tau... menepati selera sy. Tapi kalau ada yg cuba kata tak sedap tu...tak tau la saya kan...tekak kita lain2..! 

Kalau semua manusia ni sama je tekaknya...dah macam mana pula gitu.


Pertama kali buatnya, masa mini open house hari tu...ni teringat balik...cepat2 le up resepi. Pada Kak.Azie, mohon share resepi ye kak...terima kasih kongsi resepi yg best ni...


Resepi asal : Azie Kitchen


Bahan bahan:

2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb  jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb  jintan manis )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan hiris halus:

30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm  halia
5 -7 batang serai

Cara cara:

Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.  Perap dengan daging selama dua hingga empat jam.

Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging. ~syifa pun ikut k.azie...hanya buat separuh empuk je daging yg dimasak dalam presure cooker tu, ..sebab nak reneh dia kan lama...jadinya dah masak tu...lembut dia..mmg sedang2 aje.

Sy perap dari tengahari sabtu tu...sampai ke malam., lepas isyak baru masak..
Lama kan...siap pegi open house lagi...:)

Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.

Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit.

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping.  Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


*sy buat hari tu kurang pedas sikit...asben komplen...mak  pun komplen....kikiki...tak pe..next time kasi tambah lagi cili...

Sila la cuba....syawal dah tamat pun...nak buat makan dan sendiri rasa...apa salahnya kan...:)

Saturday, August 23, 2014

Pau goreng frozen

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Semalam tak mengupdate..tiba hari ni rajin pula ye...sebab semalam hari sedih kan...mata asyik ke tv...mood nak update blog pun tak berapa nak ada..

Sedih la...maunya tak sedih..lagi2 bila tgk anak2 yang ditinggalkan....bahagian mereka di dunia ni dah selesai..bahagian kita? Sama2 la lipat gandakan pahala...buat amal., ..mati itu pasti kan...tapi cara yg bagaimana...hanya Dia yang Maha mengetahui....

*takziah buat kaum keluarga MH17 , semoga tabah menghadapi *

------------------------------------------------------------------------------

Hari ni...sy share lah 1 resepi yang memang best dan sedap!  Sedap is subjektif ! Ianya sedap dan kena pada tekak saya dan anak2 ~ itu saje. 

Nak tau sedap tidak...sila buat sendiri...:)

Tadi goreng 5 ketul je...nak rasa kan...yang lain...dah siap sy frozenkan...buat bekal anak2 sekolah next week...

Yang ini sy buat inti kacang merah...beli dah siap je...:)


Sy panjangkan resepi di sini ya Kak.Reen, buat rujukan masa akan datang...:)

Resepi asal : Air Tangan Reen Khan 

PAU GORENG/KUKUS

BAHAN-BAHAN ( MENGHASILKAN 20-25 BIJI)
• 500GM TEPUNG GANDUM
• 60GM GULA HALUS 
• ½ SUDU KECIL GARAM
• 70ML MINYAK SAYUR/MAKAN
• 1 PAKET INSTANT YEAST
• 230ML AIR PAIP


~~ 1st time rendam yis dgn air sejuk, boleh rupanya dia kembang...:) ~~

CARA-CARA :

1. MULA2 SATUKAN YEAST KEDALAM 230 Ml AIR…KACAU SIKIT DAN KETEPIKAN.
2. MASUKKAN TEPUNG, GULA DAN GARAM KE DALAM MANGKUK BESAR DAN GAUL RATA.
3. KEMUDIAN MASUKKAN MINYAK SEDIKIT2 DAN GAUL LAGI HINGGA RATA.
4. AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR YEAST SEDIKIT2 DAN ULI HINGGA LEMBUT DAN TAK MELEKIT. JIKA MASIH MELEKIT, TAMBAH SEDIKIT TEPUNG DAN SEKIRANYA KERING MASUKKAN SEDIKIT LAGI MINYAK.
5. DOH YG SUDAH SIAP DIULI, TIDAK PERLU DIPERAP. BOLEH SEGERA DI BUAT PAU.
6. BULAT2KAN DOH DAN ISI INTI KESUKAAN MASING2.
7. GORENG PAU 1/2 MSK DAN SIMPAN DALAM FREEZER JIKA INGIN MEMBUAT PAU GORENG INSTANT. ATAU KUKUS PAU DAN SIMPAN DLM FREEZER UTK PAU KUKUS INSTANT.
8. INTI PAU PILIHAN SEPERTI SAMBAL TUMIS, KACANG MERAH, KAYA, KELAPA MANIS, CHOC. DAN LAIN2.
9. ADUNAN AKAN LEBIH LEMBUT JIKA MENGGUNAKAN FOOD MIXER. JIKA TIADA FOOD MIXER ..JOM KITA MENGULI MANUAL SAHAJA.

**utk frozen...sila ke step no.7 ye...goreng setengah  masak sahaja...sejukkan...baru simpan dalam bekas yang sesuai **

Selamat mencuba....

Thursday, August 21, 2014

Biskut jejari coklat

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Nak share 1 lagi resepi roti. Mana2 roti  yang agak2 dah nak expired tu kan, boleh ler cuba macam nie...sedap pun sedap...senang tu...jangan cerita lah...tapi kalau ada M tu....tak dapek ler nak nolong eh!!!

1st time makan hari tu time raya rumah.....rumahhhhh...adalah kan...malas nak cakap...hehehe.... sedap woii ! 2 3 ketul masuk mulut tak ingat...usah kata 2 3 ketul..ntah berapa tak berapa pasti..

Besok2nya balik...macam rasa nak minta resepi lah kan...tapi bila pikir2 balik...sebab sy bukan jenis org yg suka2 mintak resepi ke...minta itu ...minta ini, selagi daya...atas apa cara sekalipun....sy cuba cari sendiri...dah betul2 tak mampu...tak jumpa...dah teringin sangat...baru la nak tebalkan muka mintak...hehe...

Zaman sekarang ni...cari la apa saje kat google ni, insyallah ada...tak ada baru la bertanya....:) cari punya cari.......selongkar punya selongkar......akhirnya...ketemu jua....itu namanya berkat kesabaran kan...tidak lah nanti org kata...orang melayu ni suka 'disuap' !.

Tapi bila kita dah tau tu.....dan org bertanya...bg tau jer la mana termampu tu...tak yah ler nak kedekut ilmu sangat! Pahala tu kan... kita bantu orang...nanti Allah bantu pula permudahkan urusan kita...kan senang gitu... buat2 apa pun... ingat pada Dia yg bagi segalanya atas bumi ni...kita ni pun...menumpang saje kan !!!

Panjang bak hang pulak dah ni...! Terus je la ke resepinya ya...tak susah pun...semudah Abc saje!!   Tak payah nak sukat2 tepung...nak timbang2 gula...:)

Apa menu utamanya... Adalah roti! Sy guna gardenia biasa tu je...dah dekat  seminggu kot buatnya.....masih rangup lagi...ok jer...


Sumber utama cara2 membuatnya dari : Fieza.net

Bahannya :


Roti ~ potong bentuk jejari
Dark coklat ~ cairkan double boiler
nestum

semua bahan agak2 ler banyak mana roti yang diguna pakai.

Bakar roti suhu anggaran 120° dalam 15 min sampai garing
sejukkan
celup dalam coklat yang dah cair
salut dengan nestum.

Siap !!!

senangkan!

Rasa nak makan? Sila la cuba....

Abaikan bebelan terlebih panjang hari ni...:)

Tuesday, August 19, 2014

Kek lumut

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Nak kongsi resepi kek yang sedap hari ni...☺ sedap di tekak sy...tapi belum tentu sedap di anak tekak orang lain...hehe...tapi kalau anak2 kata sedap..itu pun dah kira ok la kan...

Dan bila dah diaorang kata sedap....makanya...hari ni...hanya tinggal beberapa keping sahaja...tak 'berumur' kek ni rupanya..., semalam buat hari ni nak licin dah...senang keje...!


Lihat! Tak menarik kan...? Biar tak menarik! Janji sedap! Don't judge a book by it's cover ok...! Keh3.....
Si kakak kata...patut ler nma dia kek lumut....rupa dia mcm lumut !! 😉

Ok...meh sini tgk resepinya...resepi ni lama dah simpannya...baru la ni tergerak hati nak buatnya....☺

Sumber resepi : dayang jack

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "

1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
1 cawan nestum - dikisar halus
1/2 cawan serbuk almond

Cara-caranya :

Cara-cara :

Sediakan pengukus. Didihkan air.
Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks, serbuk almond, dan nestum, gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 min. (tambah air panas jika hampir kering)


Ada bahan yang tak letak dan diganti pun ok dah sebenarnya, kalau ikut kata k.dayang...dah letak horlicks...tak letak nestum pun tak pe...

tapi sy nak rasa 'sedap'nya tu...letak aje smua..., serbuk almond..pun tak ada tak pe...tp serbuk almond tu..lagi la bagi rasa lemak2 gitu...

*ini adalah resepi separuh dari adunan, utk versi adunan yang banyak sila jenguk resepi kak Dayang lu..
* saya tak kukus atas dapur...sy gunakan presure cooker, cara yang sama macam masak kek buah di SINI Malas tau nak kukus2 atas dapur yg makan masa berjam jam ni...leceh nak tambah2 air...

Yg nak cuba tu...silakan..insyallah sedap...!

Saturday, August 16, 2014

Kek Tembikai kukus

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Gigih pagi2 update blog ! ...dah biasa bangun pagi...lepas tu sy tak 'pandai' nak tidur balik...jadinya update blog ler.....walhal..bnyk keje lain bole dibuat...hehehe..

Hari ni cuti kan...tak la kelam kabut sangat...hari biasa mana dapat time2 subuh gini nak hadap blog!.....sibuk nak uruskan anak2 nak pegi sekolah...so pagi ni....relak la sikit kan......

Hari ni , nak share lagi 1 resepi kek... cara adun buatnya...bahan2nya...lebih kurang sama macam kek lumut yg buat hari tu...


Kek laku keras ni...tak sampai 24jam pun...licin dikerjakan seisi rumah! Ye la kan...cer kalau hari2 makan kek ni...memang tak laku dah...ni pun ada la seminggu sekali...pastu...tgk pula ala2 rupa tembikai gini kan ( ada rupa ke?) Itu yg bdak2 ni eksited kengkononnya....😛


Mari sy kongsikan resepi yg diambil dari blog Hanamemories, mencuba resepi2 dari Blog K.Hana ni kan...insyallah la tak mengecewakan...:)

Sumber resepi : Hana's Family

Kek Tembikai kukus

Bahan-bahan

1 cawan tepung superfine @ tepung gandum
1 buku butter (250g)
1/2 cawan horlick
1/2 cawan nestum kisar
3/4 cawan gula halus
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan serikaya
4 biji telur
1sk esen vanilaPewarna/perisa : hijau pandan, merah dan kuning
Segenggam kismis hitam - belah dua ~ syifa guna choc cip


Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga kembang dan halus. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila, susu pekat dan serikaya. Pukul lagi sebati.Ayak tepung, horlick dan juga nestum.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sebati dgn speed paling perlahan.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan nisbah 3:1:2 (merah:kuning:hijau). Warnakan, Masukkan kismis hitam separuh ke dalam adunan merah dan separuh lagi untuk tabur.
Panaskan kukusan. Oles loyang dengan butter. Tuang dan ratakan adunan berwarna hijau. Kukus 15minit atau sehingga masak.
Pastikan loyang ditutup dgn aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas kek.
Kemudian masukkan adunan berwarna kuning dan ratakan. Kukus lagi 15minit.
Akhir sekali tuang adunan berwarna merah dan taburkan baki kismis hitam. Kukus lagi selama setengah jam. Sejukkan dahulu kemudian baru potong.

Selamat jamu mata ya....keknya pun dah habis....hehe...

Selamat berhujung minggu.

Thursday, August 14, 2014

Popia nestum

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Ini kan...buatnya baru 2 3 hari lepas., sebab nak habiskan stok kulit popia lebih bulan puasa hari tu. Tak ada idea nak buat apa...last2 try la buat popia nestum ni...

Inikan...tak payah tunggu raya kalau nak buatnya...bila2 pun boleh buat ...untuk makan saje2 gitu.....sesambil tgk tv bole ngap2 ......

Sy buat...tak sampai sebungkus,dah namanya lebihan kan...tak banyak pun dapat....kalau buat sebungkus tu...mak oiiii...! Bole patah pinggang nak menggulungnya!


Nak cuba ?? Sini sy sharekan resepinya...malas nak taip2...sy letak je gambanya...☺

sumber : Facebook page ~ Resepi Cookies Aidilfitri



Kalau nak rasa.....sila la cuba ye...:)
Pun dah banyak jual dipasaran....nak lagi mudah...beli jer...kan...😉

Tuesday, August 12, 2014

Koleksi dari Adourra

Assalamualaikum / Selamat sejahtera.

Nak cerita skit ni...:) hehe... sy ni kiranya termasuk dalam kategori  penggemar beg cotton....sebab...sebab senang nk basuh...ringan pun ia jugak...hahha....pada sy la...minat masing2 tak sama ye tak...

See...sy ada 3 koleksi brand yg sama dari pemilik jenama Adourra.


2 handbeg dan merah tu utk organizer dlm beg. Yg biru tu...sy beli...itu 1st koleksi...cun sangat!! jahitan dia kemas...harga pun agak berpatutan. Yg ready made pun cantik2 belaka. 

Adourra ni kan..kat sini dia bole buat purses, wallets, tote bags, diaper bags, sling bags, pouch, clutches...( ayat sy copy dari blognya ) 

Kalau nak design kita camne pun...request aje...pilih kain corak camne pun...boleh saje....

Organizer utk beg tu...sy dapat free sbab join GA di Facebook Page Adourra ... tahun lepas rasanya.

Yg h.beg putih butterfly tu...itu pula menang GA di instagram Adourra... baru sampai tu...bau kedai lagi...😆😆😆

Alhamdulillah...rezeki ye tak...😊

Berminat? Bole refer kat link page tu atau Blog Adourra ok...

Daaaa...dari sy peminat tegar beg cotton !!! 😆😆😆

Thursday, August 7, 2014

Pavlova

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Khamis sudah...maknanya 10syawal...kejap je kan...

Hari ni...nak share resepi pavlova pula.

Mari  ler tgk resepi pavlova ni...buat minggu lepas...time sedara mara datang bertandang. Utk tahun ni...dezetnya mmg ini saje...sbb nnti ada pulak yg komplen...oh..utk org ni buat lain...org tu buat lain...jadinya...tak nak banyak bunyi , adil dan saksama...semua merasa pavlova sahaja lah kan...hehe...


Untuk resepinya, sy ambil dari blog K.Azlita Masam Manis, sy share pula resepinya di sini ye....:)

Sumber resepi : Azlita Masam Manis

PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga digunakan.
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil (syifa  tak buat mcm ni pun...main letak je semua sekali dgn gula, pastu terus pukul high speed.)
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya


Bahan Hiasan

Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.

* buah2 ni...ikut ler citarasa masing2 kan...*

taraaaa...siap! Ntah berapa biji buat hari tu..tak ingat dah...:)


Kalau baca resepi....macam panjang kan...tapi try buat...simpel saje buatnya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...