"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Wednesday, August 10, 2011

DONUT PELANGI

Tu dia tajuk...kannn...pelangi la sngt....hehe...bolehla....janji ok...anak2 boleh makan....saje nak share donut yg buat petang smlm utk berbuka....donut biasa2 je...x la segebu Cik Mat punya....sbb sy ambik resepi nie dari dialah...tq...ye En Mat Gebu...sememangnya kuih dia mengebu-gebu tau...jeles sy.....

Nie lah hasilnya kuih sy...



Bahan-Bahan 

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Pewarna makanan merah jambu dan hijau
Gula halus untuk salut donat


Cara-caranya

Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.

Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.

Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.

Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Selamat mencuba...^^


6 comments:

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhhhhhh.....tahniahhhhhhhhhh sebab da buatttttttttttt~~~

Asyifa Mustaffa said...

mekasih...:)

~..Lesung Batu..~ said...

wahhhhhhhh~~~ boleh masuk geng donat pelangi la pasni...^_^

cik cek said...

Waaa...donut kaler maler..cantikkkk

Asyifa Mustaffa said...

lesung batu : ada ke geng donut pelangi ? 1st time lak dgr nie...

Cik cek : ilham cik mat....:)

Ann Ishak said...

meriah uolssss donutnya...sayang pulak nak makan rasanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...