"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Thursday, August 18, 2011

PUDING ROTI GULUNG


Baru nak update nih.....semalam semalam punya desert bukak pose...maknanya 2 hari lepas punya lah...semalam gantung semua kuali....talak masak wooo...sbbnya letih buat kukis......buat sorang², mmg le rasa penatnya....
Puding roti kat atas nie...jem dalamnya tu...blueberry.....resepinya sy ambik dari Kak Ummi...tq kak, sbb share resepi yg sedap....:)

Resepinya :-

Bahan:-
  • 7 keping roti putih
  • jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
  • 3 biji telor
  • 40 gm gula kastor
  • 200 ml susu cair/susu sejat
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 30 gm hirisan badam/secukupnya [sy x pakai badam ni, tp gantikan dgn kismis]
  • sedikit mentega untuk dilenser pd loyang
Cara Menyediakan:-
  1. Buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
  2. Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
  3. Pukul telor bersama gula hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
  6. Taburkan badam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
  7. Hidangkan bersama sos kastad jika rajin...kalau malas picitkan jek Hershey's Syrup. [sy pakai sos kastard....sedap...!!]
Selamat mencuba........:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...