"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Monday, August 1, 2011

PUDING ROTI BERKISMIS


Ha...itulah dia rupanya puding roti berkismis....x susah mana pun membuatnya....sedap juga dibuat hidangan untuk berbuka, sedap makan time sejuk....nak buat pun x susah...bahan2 amat mudah....yg penting anak2 suka....lagi2 ada kismis yg banyak tu kan....sempat lagi kalau nak buat skrng...pas tu letak dlm peti ais.....kat sini sy bagi bhn2nya camne nak membuatnya....:-

Bahan-bahan 

5 ke 6 keping roti (ikut suka.)
3 sudu besar mentega dicairkan
kismis dlm 1 kotak kecik (1/2 kotak kecik pun boleh...sy letak semua...sedap..!)
2 biji telur
300ml susu segar/full cream
100 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila.

Cara-cara :-

potong kecil roti2 tadi..susun dalam bekas (utk dibakar) .
tuang mentega yang dah dicairkan tadi ke atas roti yang dah disusun. dan taburkan kismis sekali.
Dlam bekas yang lain, pukul rata telur dengan gula. dah hancur gula masukkan susu segar, esen vanila. Dah siap pukul rata semua, masukkan dalam bekas yg susun roti tadi.
Bakar dalam oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 35 minit.
Dah masak, sejukkan kejap diluar, pas tu boleh letak dalam peti ais....sebab sedap makan masa sejuk...


saje ngade2 nak letak kismis kat atas....^^

Pada sape2 nak cuba...dipersilakan....selamat mencuba....


6 comments:

joN said...

pos kat putrajaya....hahaha

Asyifa Mustaffa said...

hua3.....suh ler mila buat...bkn ssh pun...hehe...

aizamia3 said...

tak susah nak buat tapi takde oven kat umah.. huhuhu.. poskan kat Meru boleh..?

Ummiakid @ lily said...

i loikeee....ermmm..kalau makan dengan sos kastard lagi mantopp...dah lama sgt tak buat..

Asyifa Mustaffa said...

aizamia : pos gambar bole la kut...hehe

kak lily : mmg lgi sedap kak...tpi nak mmbuat kuah kastard tu yg mcm kureng skit.....hehe...

Ann Ishak said...

menguji mata dan tekak nih...adoiiiii sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...