Jumpa lagi ,
Kali ni nak berkongsi cara buat begedil kentang pula, Ini ikut cara saya lah ya, cara paling senang,
Bahan-bahan yang saya gunakan :-
kentang - potong kecil dan digoreng
ayam - diracik dan disangai sebentar supaya air ayam kering.
Daun sup - diracik halus
Bawang goreng - optional ( kalau nak guna bawang besar dan potong dadu pun boleh)
Cili besar - racik halus
Garam secukup rasa - ada yang gunakan lada sulah, pun boleh juga, ikut citarasa masing-masing dan bahan apa yang ada di dapur anda
Telur - untuk disalut masa mengoreng
1) Kentang yang dah goreng, lenyek boleh, tumbuk pun boleh, ikut kekuatan lah ya . Lenyek masa dia masih panas tu ya.
2) Kentang dah siap lecek semua, masukkan bahan-bahan yang dah diracik tadi, daun sup, cili, bawang goreng cili besar dan perasakan dengan garam. Bahan-bahan ini semua ikut citarasa. Gaul sebati semuanya.
3) Bila dah gaul sebati, bentukkan begedil, kebiasaannya bulat macam di atas.
4) Dah siap bentukkan, kita gorengkan dia pula, ambil telur tadi, letak garam sikit, minyak dah panas ambil begedil tadi, salutkan dengan adunan telur dan goreng kan lah dia sehingga masak, buat lah sampai habis.
5) Macam ini lah rupanya bila dah masak ya.
Sedap dimakan bersama soto ☺
Ini cara saya ya, kalau ada cara / resepi yang lagi senang dan sedap, terpulang lah ya, sila ikut mana yang berkenan dihati
Selamat mencuba, kalau nak cuba
Jumpa lagi.......
7 comments:
Fav anak dara SA ni...
Perghhhh... saya yang dah tua bangka nih, baru la time PKP ni belajar buat Bergedil Kentang haritu. Pastu saya try juga guna Quinoa + kentang jadikan Bergedil.. Benar makan dengan sup sup... wahhh sedap!
suka suka
he hee memang suka bergedil ni, mkn dgn nasi pun sedapp
uiiiiiiii faveret ni. Dua dua pun faveret. SUka bergedil tapi malas nak buat padahal bukannya susah sanagt kan AM....Teringin pulak nak makan soto
Learning through this blog is indeed very useful. I've learned a lot and I'll be back later.
Gametoto
Astrototo
Lamanya x singgah sini.
Post a Comment