"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Thursday, March 24, 2011

AIR



Minum Air  sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan selawat nabi atau kalau tak nak selawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk mengetest 'penguin' supaya ianya sihat dan keras.

Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. Paling elok sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja. Dan sarapan tu biarlah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.

Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.

Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kita dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.

Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.

Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kita banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.

Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.

Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.

Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.

Minum air untuk menjaga suara.

Minum air untuk menjaga organ dalaman badan.

Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil.

Minum air untuk mengelakkan mengantuk.

Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. kene paham maksud dia. Sebab kadang-kadang kalau minum laju-laju, senak jugak dada.

Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.

Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.

Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.

Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.

wallahualam


sumber : FACEBOOK OH MEDIA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...