"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN ( MUHARAM)

Assalamualaikum

Perkongsian bersama...juga sebagai simpanan sy utk masa akan datang.....jangan lupa petang ni..insyallah...

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


Insyallah...jom sama2 amalkan...

sumber : AL-AZIM.COM

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good sharing

faraherda.razalan said...

Jom kita laksanakan Asar n Maghrib t. Inshaa Allah....

BinMuhammad said...

Salam Maal Hijrah.
Setiap kali awal Muharram...inilah amalan umat Islam, tetapi adakah kita tahu ianya bukan suatu kemestian kerana doa ini tiada dalam suruhan dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
Ia hanyalah doa ciptaan dan tidak salah membacanya tapi tidak perlu di baca pada waktu2 tertentu dgn bilangan tertentu...bacalah bila2 masa yg anda suka, tapi bukan jadi amalan bila tiba sahaja Awal Muharram

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Sekadar berkongsi pengetahuan..Wallhualam.

Fazleyatul Aini said...

salam tahun baru =)

Anonymous said...

in Shaa ALlah !

eira eixora said...

aminn. semoga tahun baru membawa seribu rahmat untuk kita semua

OKje said...

Salam Maal Hijrah AM.....sharing is caring....bagus dipanjang panjangkan benda yg bermanfaat ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...