"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Wednesday, February 4, 2015

Roti Kentang ( Bun kentang)

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Semangat tengah ada ni kan...molek lah kiranya mengupdate blog ni...nanti bila semangat dah down... hampir berbulan lagi ditinggalkan...

Hari ni...nak share resepi roti kentang. Tak lah sehebat macam roti di kedai2 roti tersohor dan ternama tu kan... lepas kat anak tekak keluarga... kira ok la dah ni...

Dan yg penting...tiada pengawet! Mesti habis sebelum 3 hari... hehe...tp setakat ni..roti2 yang manis2 ni...tak sampai 3 hari...dah lenyap ditelan budak2 ni...

fresh baru masak tengahhari tadi..... testimoni belum lagi...sebab budak2 tak balik sekolah lagi...


Resepi :

Sumber : Ros jintanmanis.com


Bahan-bahanya

350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.



Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan,

Nota: Kalau nak permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.


**utk setiap doh..syifa timbang 30g

Selamat Mencuba.

10 comments:

Sweet red cherry said...

Assalam kak..welcomr back!!! lamanya tak muncul..wah, tayang roti ya..sedap ni kak buat minum petang :)

zila norazila said...

welcome back..alahai rinduu nk kesini..he he heee..rajn btul meroti adik akk nie..cantik pulak tu kjadianye..bdk2 mmg suka roti kan..ank akk yg kecik pun..klu nmpak roti suka sgt..

Kakzakie Purvit said...

Muncul-muncul aje berblog dah keluar bun menggoda Syifa ye:)

OKje said...

Oitttt..... punyalah lama menyepi, keluar keluar terus meroti ye hihi...

Lama dah Okje tak meroti AM....nampak gebulah AM... Bolelah nanti kalau rajin cuba

Anonymous said...

rindunya dengan entry Syifa....welcome back dear...!!! jangan malas malas lagi okeh...yang cakap ni pun sama jer...suam suam kuku menghapdet blog.
Bak 5 ketoi....jeles tengok roti tu. Akak dah lamaaaaaaaaaaa tak meroti...hilang sudah skill heheee...

kehidupan sihat said...

nampak sedap dah tu.

salam perkenalan & jemput ke blog nana nanti :)

Rohah said...

Tu dia..gigih meroti ye...

Unknown said...

lambat sampai mesti dah licin dah roti ni kan syifa

Mel said...

assalam kak.
Lembutnya tengok roti tu. Mel tak jumpa tepung roti di sini. Pernah buat guna tepung gandum tapi hasilnya tak berapa memuaskan..tapi tengok orang lain buat elok je.diri sendiri kot yg tak reti..heheh

OKje said...

Singgah petang sini...ingat dah ada entri baruuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...