"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Saturday, August 23, 2014

Pau goreng frozen

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Semalam tak mengupdate..tiba hari ni rajin pula ye...sebab semalam hari sedih kan...mata asyik ke tv...mood nak update blog pun tak berapa nak ada..

Sedih la...maunya tak sedih..lagi2 bila tgk anak2 yang ditinggalkan....bahagian mereka di dunia ni dah selesai..bahagian kita? Sama2 la lipat gandakan pahala...buat amal., ..mati itu pasti kan...tapi cara yg bagaimana...hanya Dia yang Maha mengetahui....

*takziah buat kaum keluarga MH17 , semoga tabah menghadapi *

------------------------------------------------------------------------------

Hari ni...sy share lah 1 resepi yang memang best dan sedap!  Sedap is subjektif ! Ianya sedap dan kena pada tekak saya dan anak2 ~ itu saje. 

Nak tau sedap tidak...sila buat sendiri...:)

Tadi goreng 5 ketul je...nak rasa kan...yang lain...dah siap sy frozenkan...buat bekal anak2 sekolah next week...

Yang ini sy buat inti kacang merah...beli dah siap je...:)


Sy panjangkan resepi di sini ya Kak.Reen, buat rujukan masa akan datang...:)

Resepi asal : Air Tangan Reen Khan 

PAU GORENG/KUKUS

BAHAN-BAHAN ( MENGHASILKAN 20-25 BIJI)
• 500GM TEPUNG GANDUM
• 60GM GULA HALUS 
• ½ SUDU KECIL GARAM
• 70ML MINYAK SAYUR/MAKAN
• 1 PAKET INSTANT YEAST
• 230ML AIR PAIP


~~ 1st time rendam yis dgn air sejuk, boleh rupanya dia kembang...:) ~~

CARA-CARA :

1. MULA2 SATUKAN YEAST KEDALAM 230 Ml AIR…KACAU SIKIT DAN KETEPIKAN.
2. MASUKKAN TEPUNG, GULA DAN GARAM KE DALAM MANGKUK BESAR DAN GAUL RATA.
3. KEMUDIAN MASUKKAN MINYAK SEDIKIT2 DAN GAUL LAGI HINGGA RATA.
4. AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR YEAST SEDIKIT2 DAN ULI HINGGA LEMBUT DAN TAK MELEKIT. JIKA MASIH MELEKIT, TAMBAH SEDIKIT TEPUNG DAN SEKIRANYA KERING MASUKKAN SEDIKIT LAGI MINYAK.
5. DOH YG SUDAH SIAP DIULI, TIDAK PERLU DIPERAP. BOLEH SEGERA DI BUAT PAU.
6. BULAT2KAN DOH DAN ISI INTI KESUKAAN MASING2.
7. GORENG PAU 1/2 MSK DAN SIMPAN DALAM FREEZER JIKA INGIN MEMBUAT PAU GORENG INSTANT. ATAU KUKUS PAU DAN SIMPAN DLM FREEZER UTK PAU KUKUS INSTANT.
8. INTI PAU PILIHAN SEPERTI SAMBAL TUMIS, KACANG MERAH, KAYA, KELAPA MANIS, CHOC. DAN LAIN2.
9. ADUNAN AKAN LEBIH LEMBUT JIKA MENGGUNAKAN FOOD MIXER. JIKA TIADA FOOD MIXER ..JOM KITA MENGULI MANUAL SAHAJA.

**utk frozen...sila ke step no.7 ye...goreng setengah  masak sahaja...sejukkan...baru simpan dalam bekas yang sesuai **

Selamat mencuba....

8 comments:

Bin Muhammad said...

Nak buat...huhu, mau lain pula jadinya, tapi kalau makan saya memang pandai hehe

fazianbatrisyia said...

Rajinnya syifa. mesti anak suka dpt bw bekal drp mak kesayangan diaorg

NinaAz said...

waaa. pandainya sis buat. hehee. nina suka pau goreng. tp.tp.tp tang nk buat ti nanhadorajinnya. huuu

Fazleyatul Aini said...

benda2 yang inti kacang merah ni saya kureng sket hihi

kalau inti sardin ke, sambal bilis ke, memang laju je

aizamia3 said...

demi anak2.. ;) air tangan ibu lagi sedap dari beli kat luar..

Kakzakie said...

Idea baik ni syifa sebab kakak ni kadang dah bingung nak bawakan bekal anak apa ke sekolah..

hainom OKje said...

Nak trylah nanti.....letak inti mcm karipap tu sure sedapkan AN....kacang merah kurang laku kat rumah ni

Nornasiah Saran said...

Salam..nk tanye kalo buat pau frozen.. lepas step 6 tu..dah isi inti boleh terus goreng ke atau kena tunggu doh kembang??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...