"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Saturday, August 16, 2014

Kek Tembikai kukus

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Gigih pagi2 update blog ! ...dah biasa bangun pagi...lepas tu sy tak 'pandai' nak tidur balik...jadinya update blog ler.....walhal..bnyk keje lain bole dibuat...hehehe..

Hari ni cuti kan...tak la kelam kabut sangat...hari biasa mana dapat time2 subuh gini nak hadap blog!.....sibuk nak uruskan anak2 nak pegi sekolah...so pagi ni....relak la sikit kan......

Hari ni , nak share lagi 1 resepi kek... cara adun buatnya...bahan2nya...lebih kurang sama macam kek lumut yg buat hari tu...


Kek laku keras ni...tak sampai 24jam pun...licin dikerjakan seisi rumah! Ye la kan...cer kalau hari2 makan kek ni...memang tak laku dah...ni pun ada la seminggu sekali...pastu...tgk pula ala2 rupa tembikai gini kan ( ada rupa ke?) Itu yg bdak2 ni eksited kengkononnya....😛


Mari sy kongsikan resepi yg diambil dari blog Hanamemories, mencuba resepi2 dari Blog K.Hana ni kan...insyallah la tak mengecewakan...:)

Sumber resepi : Hana's Family

Kek Tembikai kukus

Bahan-bahan

1 cawan tepung superfine @ tepung gandum
1 buku butter (250g)
1/2 cawan horlick
1/2 cawan nestum kisar
3/4 cawan gula halus
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan serikaya
4 biji telur
1sk esen vanilaPewarna/perisa : hijau pandan, merah dan kuning
Segenggam kismis hitam - belah dua ~ syifa guna choc cip


Cara-cara

Pukul butter dan gula hingga kembang dan halus. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila, susu pekat dan serikaya. Pukul lagi sebati.Ayak tepung, horlick dan juga nestum.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sebati dgn speed paling perlahan.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan nisbah 3:1:2 (merah:kuning:hijau). Warnakan, Masukkan kismis hitam separuh ke dalam adunan merah dan separuh lagi untuk tabur.
Panaskan kukusan. Oles loyang dengan butter. Tuang dan ratakan adunan berwarna hijau. Kukus 15minit atau sehingga masak.
Pastikan loyang ditutup dgn aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas kek.
Kemudian masukkan adunan berwarna kuning dan ratakan. Kukus lagi 15minit.
Akhir sekali tuang adunan berwarna merah dan taburkan baki kismis hitam. Kukus lagi selama setengah jam. Sejukkan dahulu kemudian baru potong.

Selamat jamu mata ya....keknya pun dah habis....hehe...

Selamat berhujung minggu.

6 comments:

Mel said...

Kalau sekali sekala memang laku keras kek ni. Lagi2 yg rupa unik, budak2 lg suka

Acik Erna said...

Acik dah lama jugak tak buat kek dah ni..nak cari mood balik bila nak mula ni

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

warna die menarik..anak2 mesti suka..

mama sara nur said...

Assalam
Cantik la, merah hijau
Kalu cam kek lumut tu mesti sedapp ni
Akak suka

JunAina said...

Cantik dan menggoda mata...

Knor said...

menarik sgt,mmg mengujakan nak makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...