"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, August 29, 2014

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Kelas kan nama dia.! Huhuhu...victoria tu nama orang yg mula2 cipta kut....sandwich sebab dia kena letak jem antara dua tu, .gitu la gaknya kek ni dapat nama...( main pandai2 sy je ni...kalau salah...sila betulkan)

Tertarik nak mencuba kek ni sebab selalu sangat tengok Instagram Tengku Puan Pahang dok buat kek ni...lepas tu tertengok pulak kat ig bakers2 yg meniaga kek.....customer diaorng kata sedap la apa la kan...sy yg baca ni pun...macam tergoda u..!


Cari2 resepi.....jumpa la kat Blog sis Honey Barney...yg dah dia translate kan dari blog Rima....lama juga terperap resepi ni...baru la 2 3 hari lepas dapat membuatnya...biasa la...time tu mood rajin sudah mari....:)

Ok...sini sy sharekan resepinya ya....copy dari blog honey barney jer ni...:)

Resepi :

Asal : Rima ~ Bisous À Toi english version
Honey Barney versi melayu

Bahan-bahannya
250 gm mentega (unsalted butter)
250 gm gula castor ~ gula ni syifa kurangkan sikit..., guna 180gm.
250 gm self raising flour
250 gm telur (lebih kurang 4 biji setengah hihihi, korang timbang tau)
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam*
2 sudu besar susu

Hiasan

Whipping cream ~ putar kental
Bluberry jem
~buah2 tak letak...guna apa aje yg ada ~ nk letak pun boleh..


Caranya :-

1. Panaskan oven dengan suhu 150'C  (ikut oven masing-masing ya)
2. Griskan 2 loyang 8" dan letakkan kertas
3. Ayakkan tepung dan garam. ketepikan sebentar
4. Pukul mentega dan gula hingga kembang (warna putih)
5. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar pelahan selepas setiap kali masukkan telur. Kemudian masukkan esen vanila.
6. Masukkan tepung yang telah diayakkan tadi, gunakan spatula dan kaup balikkan adunan sehingga rata
7. Masukkan susu dan kacau sekata (hingga mendapat adunan 'dough cake', tidak terlalu cair )
8. Masukkan ke dalam loyang-loyang (kalau nak sama berat, gunalah penimbang atau agak-agak untuk 2 loyang). Ratakan dengan spatula
9. Letakkan bahagian tengah oven dan bakar lebih kurang selama 30 minit atau masak.
10. Dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan ianya dalam loyang lebih kurang 10 minit, kemudian barulah diletakkan atas 'wire rack' serta dibuangkan kertas alasnya.
11. Sejukkan barulah dihiaskan ikut kreativiti masing-masing ya.


Jangan tanya sy punya...kalau buat kek kat rumah ni...memang umurnya tak berapa nak panjang.....

Esok weken...cuti pula tu kan...bole la kalau nak mencuba...:)

7 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya Asyifa... akak tah bila rajin nak membaking guna oven ni... M tu banyak sangat ehe :)

Fazleyatul Aini said...

nampak menarik tuuuu

Unknown said...

best jugak kek ni kan akak ni tak sabar nk guna oven sendiri heee

Yana Shaiful said...

Sedapnya kek..dh rmai tgk kengkawan bt..kt ni ntah bila nk smpai seru..males nk membaking skg nii heheee

OKje said...

Kat rumah ni pulak terbalik AM....umur panjang hehe. Kalau nak buat kena cari loyang paling kecik.....lebih elok beli ajelah senang hehe

Unknown said...

tengok macam senang tapi lom ada kekuatan nak buat sendiri aka malas..hihihi..terliur jugak tgk orang asik dok ckp sedap...kena gagahkan diri utk cuba buat satu hari nanti..

- singgah dari www.bazliaamoza.com-

Ibu Lala said...

Oder je la klw sekali je nk makan. Nk buat ntah bila bila. Bz sokmo plus malas nak beli barang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...