"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Friday, September 5, 2014

Kek Lapis asam manis

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Ya...baru muncul ni...cuti lama sangat kan...terbawa bawa sampai ke hari ni malasnya...dah nak buat macam mana....

Cuti merdeka...tak ke mana...duduk rumah...masak...masakkkk...dan makan...tu je...sy suka masak...anak2 tukang ngabih kan, ..balance la tu kan...:)

ok...ini antara kek yg dah habis pun kena ngap...


1st time mencuba melapis guna kaedah bakar...pergggh...bersauna habis...rasa macam nak sekali masuk kan aje dalam loyang tu...memang menguji kesabaran...!, tapi seronok...rasa nak buat lagi....hehehe...

Kalau ikutkan...kena kukus kek ni.(sebab malas nak kuarkan periuk kukus...malas nak jaga api...huk3..).., baru dia moist2 gitu, tapi sy bakar.. jdi..kek tu agak dry skit ya...so next time...kalau nak bakar...kena guna adunan yg guna mentega...jdinya..dia ada  skit lembab2 gitu...


Sini sy pnjang2 kan resepi dari blog K.Yatie...next time sy kukus ye kak...hehe...

Resepi asal : K.Fida Myr.
Sumber Resepi : K.Yatie ~ Sinar kehidupanku

Bahan-bahan (loyang  9x9x3 inci)

5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
1 1/4 cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna ~ ikut suka.
asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara Membuat:-

Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla.
Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.


Bakar pun sedap juga.. Habis la...!! Hik3....

11 comments:

Knor said...

assalamualikum

subhanallah cantiknya..buat knor terliur.
dh lama tak makan kek masam manis ni..tq resepinya

nur anis said...

cantiknyaa...macam sedap je nampak..

fazianbatrisyia said...

sedapnya. rajin pulak melapis. sy dah bertahun nak melapis kek, tak terbuat2 lg...ingat mlm td nak buat tp malas

Fazleyatul Aini said...

fuyoo rajinnya !
kalau kita, memang takde kesabaran la nak melapis ni

Kakzakie said...

Ala.. kalau Syifa yg membaking tak kira kukus ke bakar ke tetap cantik dan sedap. Kalau tak mana mungkin sekali hadap aje habis:)

cheq da said...

Dh jd berfesyen plop atas tu..duk nmpk roti jala yg dua warnav tu..hihihi..pe2 pun kek ni memang sedap..dah 2 kali buat yg kukus

mama sara nur said...

Assalam
cantiknya
Dan sedapp he he suka tp bab melapis mls sikit. Ada jgk beli asamanis tu tp entah bila nk wat ni

adda syuhada said...

sedapnyer..

faraherda.razalan said...

Peh! Ctknya outcome kek ni. Menjadik sgt. Sy tak try lg versi bakar. Selalu kukus je. Pas ni boleh challenge diri utk bt versi bakar lak. Heheheheh!

hainom OKje said...

Ayulah kek ni AM...sweet sangat pink hijau dia....

mardiana abu darin said...

Baru nak mencuba...tima kasih utk resipinya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...