"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Saturday, September 6, 2014

Kek Mentega keju

Assalamualaikum / selamat sejahtera.

Semalam kek...hari ni pun kek..., bukan hari2 sy buat kek ye...cuma kejadian antara kek ni berselang hari buatnya....baru la ni je ada kesempatan nak memanjangkan resepi ni....

Boleh kata 2 atau 3 hari sekali la sy baking...sebab buat 'stok' makanan anak2...tu pun tgk mood juga..  kesian pun ada kalau tgk diaorng ke dapur cari makanan nak kudap2...tp tak ada apa kan....,

Jadinya......kalau buat sebiji kek...tahan la 2 hari...camtu la...anak2 nak membesar kan...makan aje kejenya..., selagi ada kudrat...daya dan tenaga...insyallah....


Kek ni..ada iras2 macam kek mabel la lebih kurang sebenarnya....tapi ada tambahan cheese..., so..kira lagi sedap!!

Meh sini tgk resepinya...nak cuba ? Silakan... baru tau rasanya macam mana kan...:)

Resepi : Chef Norzailina
Sumber resepi : K.Yatie ~ Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak
1 camca teh vanila
1 camca teh strawberry emulco ~ syifa guna choc emulco

5 biji putih telur
1/8 camca teh garam

Cara membuat
Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Ketepikan dulu.

Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan garam, putar lagi.
Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.

Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak. Satu bahagian letak perisa vanilla dan satu bahagian lagi letak strawberry emulco.Letakkan adunan vanilla berselang seli dngn adunan strawberry.
Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega..
 Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. ( bakar ikut kesesuain oven : syifa bakar 150°c 1 jam)


Masa dia tgh panas2 suam potong tu kan...sedap weii mknnya...hehe...

4 comments:

mama sara nur said...

assalam syifa
ada cheese tu emm sedapnya
seronok masa anak2 nk membesar ni
nk makan mcm2 kita pun seronok dpt sediakan
alhamdulllah

Bbwana adienia said...

salam..

memang layan habis ni makan kek marble cheese ni..nyum2..

Mel said...

teringin nak buat kak tapi penggunaan cream cheese tu yang menyebabkan sampai sekarang tak buat2.. ada je stok tapi lupa resepi kek keju ni..mesti lembut dan berlemak kan..sedapnya

hainom OKje said...

Seronokkan AM..... buat kek, habis, buat kek habis....semangat sikit nak membaking kalau cenggitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...