"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Saturday, November 19, 2011

KETAYAP POLKADOT

Sekarang nie..musim polkadot, dari kain...sampai la ke makanan...semuanya nak buat corak² polkadot, menarikkan.....apa salahnya mencuba sesuatu yg baru....selalunya dok makan ketayap atau orng panggil kuih gulung nie versi biasa jer kan.....dan kali nie..sy telebih rajin.....maka jadilah ketayap polkadot, nie sebenarnya semalampunya menu utk minum petang, tp petang nie baru nak update....biasalah...klau cik "M" suda mariii kan...


Nie ler rupanya ketayap dot² ku....hehe....tp yg ni x pakai inti kelapa, sy pkai inti kentang, mcm inti karipap tu...bagi yg nak mencuba tu....sini disertakan resepinya.....

Resepi :-

Bahan tepung.

2 cawan tepung gandum
1 biji telur 
1/2 cawan susu cair atau santan
garam secukup rasa.
air secukupnya.

Inti : ikut citarasa - selalunya kuih ketayap atau kuih gulung nie orng letak inti kelapa.

Caranya :-

1. Satukan semua bahan tadi- kacau smpi tdk berketul, guna (senang blender je, pastu tapis)
2. asingkan skit adunan tepung lg biar pekat,(utk buat dot dotnya) kacau sebatikan, letak dlm piping beg dan gunting kecil muncungnya.
3. Panaskan kuali-senang pkai pan x yah letak mnyk.- sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (kemudian cepat² dot² kan atas adunan dengan tpung yg dah kaler tadi.
4. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
( angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
5. Terus letakkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Selamat mencuba.....^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...