"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Sunday, January 22, 2012

Petua untuk kuruskan badan

gamba pinjam

jumpa 1 artikel yg sy rasa amat menarik utk dikongsi di sini...menarik x menariknya...anda bacalah sendiri ye...artikel berbunyi begini :- 

1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang  mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur.

2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doctor. Ada banyak risikonya.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan.

5. Banyakkan minum air mineral.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai Contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari:

a)      10 minit untuk setiap sesi.
b)      Buat 10 minit di waktu pagi
c)      10 minit pada waktu tengahari
d)     10 minit sewaktu petang.

10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
mudahkan ? nak kurus....cubalah... x rugi pun............:)

sumber : ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...