"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Wednesday, November 6, 2013

Kek lapis chocolate cream cheese kukus

Assalamualaikum , selamat sejahtera.

setelah lama berada dalam draft..hari ni baru nak publishkan entry ni...

keknya telah selamat dikerjakan.... ni..mnggu lepas punya kerajinan la ni...pun sebab nak habiskan cream cheese yg x tau apa nak dibuat...

jadinya...setelah lama x buat kek ni...last buat yg ini lah dia.....jadinya...mggu lepas baru datang balik aura nak melapisssss...


resepi sy ambik totally dari blog K.Yatie ~ sinar kehidupanku... mohon share di sini resepinya ye kak....:)

x rugi kalau nak cuba buat tau...sedap makan bila dah disejukkan dalam fridge....

abaikan bentuk yg tiada  kecantikan itu..janji sedap masuk tekak !


Untuk resepinya :

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

25 comments:

hainom OKje said...

Nampak pun dah tau sedap AM.....Anak tu lama dah mintak nak buat kek coklat yg moist mcam tu...OKje tak reti buat sebenarnya.... Resepi ni pun nampak sedapkan!

Haryati Faizal said...

nak try nak try.... sedap ni

Mel said...

Takpe kalau rupa tak cantik tapi sedap di tekak. Gerenti laju je makan. Lagi2 kek

Rai Ourkizuna said...

okla ni syifa!! saya paling fail bab melapis lapis kek ni.. hahaha..

Sarah Talib said...

saya ni kalau nk melapis2 ni yg malas...tpi teringin nk makan

Tina Othman said...

Sedapnyaaa choc dgn cheese mmg sangat ngam

Mazni Munawar said...

sedapnyaaa. saya paling suka kek coklat, ade cheese pulak tuu

Kesuma Angsana said...

tq share resepi yang sedap ni yer !

faraherda.razalan said...

Peh! Mcm dpt bygkan rs sedapnya mcm ne. Dah lama teringin tp mlsnya nak membikin....

Kakzakie said...

Cantik dan sedap ni Syifa...

asyifa mustaffa said...

Okje : senang je buatnya ni...mcm buat kuih lapis...tp tu la...maleh pun ye gak kdang tu...

Haryati : ye..msti cuba...x rugi pnya...bg yg gemarkan ciz tu..mmg best..!

Mel : mmg laju je mknnya...:-)

Rai : kek ni je pun tau nak lapisnya..kek lapis lain..fail la kut...kikiki...

Sarah : sama la....ni pun kena tggu angin rajin gak...:-)

Tina : ya..sememangnya..:-)

Mazni : jadinya...cubalah...:-)

KA : sedap...insyallah...

Fr : smoga dtang kerajinan...!

K.Zakie : ye kak...sedap..!

Mimi Azirah said...

sedapnyeee....thanks share resipi

FnF Centre said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mamasya said...

Aslmkum Syifa

kek ni pun dah lama masuk senarai tp sbb kukus selapis2 tu yg lama simpan. tp akn cuba juga nanti....

husna zahidi said...

macam sedap je..macam best je..=D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya kek ni. Nak rasa juga.

eira eixora said...

memang berbakat syifa ni. saya kalau baking2 ni memang out =)

LiNa_Pg said...

Memang sedap kek ni..makan panas2 pun dah sedap, apatah lagi yg sudah didinginkan..
haish terliur la pulok..lama tak buat..asyik buat yg org jer

Fazleyatul Aini said...

saya pernah buat tapi versi bakar. best jugak

khairiah khaizu said...

betul3x.....kek nie mmg sedap, rugi kalo x cuba hehehe,

Ain Noraini said...

mmg sedap tuu..tengok pon dah tau...
nnt la nk cuba jgk..tp bilanya tak tahu lagi..semangat mmg ada nak buat..

ZalinZalina said...

Awak ada anak kecik pun rajin buat macam2...kak ina lak tengah sendu ni..he he.

mama sara nur said...

assalam Syifa
sedapkan rasa cheese
akak penah try 2 kali he hee

Ummialyaanas said...

sy xsuke mkn cheese..tp sy suka tgk kek cheese ni..santeekkkkkkk

*salam kenal*

Bin Muhammad said...

Tak pandai nak buat...apa kata anda pos kat saya...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...