"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, February 27, 2015

Rainbow Cake

Assalamualaikum / selamat sejahtera

Hujung-hujung februari.... baru muncul kembali...keh3...nasib la kan, Idea tu ada, tapi tak tau nak mula macam mana ( alasan!!!)

Ini kisah CNY hari tu la ni. Memang tak ke mana pun...duk umah...main masak2... nak pgi bejln sana sini...pun mmg x la kan...dah nama public holiday...sana sini la padat orgnya...

Sudahnya...dok rumah...kumpul lemak...pastu 'bakar'... kumpul je bnyk nya...'bakar'nya...alahai... malas nak cerita...


Dah panjang pula ayat ni...dapat menulis...camni pula jadinya... ok...meh tengok resepi ni. Semestinya dari blog Kak.Ita, pakar kek ni...kalau buat kek2 ni...mmg suka lah refer blog K.Ita..hasilnya....insyallah tak mengecewakan.Juga dari blog K.Yatie , sy ikut dia punya krim.


Sumber :

Azlita Masam Manis
Yatiememories.blogspot

Resepi : RAINBOW CAKE

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Untuk Cream Cheese Frosting : refer blog k.yatie

Bahan :

250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
** syifa tambah 1 sudu besar air perahan lemon, baru rasa masam2 manis sikit**


Selamat mencuba.

6 comments:

Sweet red cherry said...

cantiknya rainbow kek..lama wana x buat dan makan :)

Unknown said...

lama nya kaknoor tak buat rainbow ni dah setahun kot hahaha boleh lah buat lagi bila tengok yg syifa ni

Mel said...

lawanya kek..
ritu dah terambil dah cream cheese,pastu letak balik. Kalau tak boleh cuba dah resepi ni..uhuu

OKje said...

Amboiiii....muncul jer terus buat rainbow kek pulak.....aduhai mmg rajin betullah.....
Suka tengok kek ni sebab cantik. Kalerful ....
Tp masalahnya mmg tak sabar ni kalau buat sendiri

tun_telani said...

tun smp skrg blom cuba lg rainbow cake ni.. sbb kurang rajin nk bakar 6 kali.. loyang yg sama besar ada 2 je.. huhu

asyifamustaffa said...

Wana : ni pun buat saje2 jer...:)


K.Noor : sila2 buat. Sy pun tejebak buat rvc bila nmpk k.noor buat aritu...hehe...


Mel : itu la gayanya...sama la kita ni...kadang dah kuar barang siap2...last2 msuk balik...tiba2 mood pegi ye dak...:)


Okje : bkn senang angin rajin ni nak dtg...ada la setahun skali...hehe...


Tun : kejap je bakarnya. Selapis selapis tu...dlm 20 min dah siap. Tp tu la...guna loyang pakai buang gitu...malas nak tukar2 loyang...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...