"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Friday, March 25, 2011

umat islam dilarang pakai jersey MU







Mantan Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang kaum Muslim di negara ini untuk menggunakan jersi Manchester United (MUFC). Beliau menganggap simbol "Setan Merah" telah menghina kebesaran Tuhan.

Beliau menegaskan agar umat Islam di negara ini tidak memakai logo "setan" yang menjadi simbol "Red Devil". Beliau juga melarang penggunaan gambar salib yang ada di jersi pasukan kebangsaan Brazil, Portugal, Serbia, dan Norway, serta kelab Barcelona.

"Tidak ada alasan memakai jersi seperti itu kerana sebagai seorang Muslim, anda menjunjung simbol-simbol dari agama lain," di akhbar The Daily Telegraph menulis kenyataan Datuk Nooh Gadot, bekas Mufti Johor, Malaysia.

"Dalam perkara ini, tidak ada kompromi atas nama hiburan, fesyen, ataupun sukan," tegasnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menegaskan bahawa umat Islam yang memakai jersi pasukan tersebut "menjurus kepada perbuatan dosa" kerana dengan memakai simbol dari agama dan kepercayaan lain bermakna mengutamakan agama lain berbanding Islam.



SUMBER : Fajridil.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...