"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Pages - Menu

Tuesday, January 17, 2012

PAU inti KACANG


x nak banyak cerita...nie hasilnya first time buat pau....ada yg kecik ada yg besor....dok sama saiz gitu...huhuhu...


resepinya ambik kat : SINI .... pada izzah..izinkan sy share ye kat blog sy nie...:)

Resepi :-
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)

1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
110ml air sedikit suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam

inti secukupnya
kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit2 supaya x terlembik ye..

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.
selamat mencuba pada yg teringin nak buat....^__^



1 comment:

Unknown said...

yeay..blik nie nak sruh mama hsna wat pau..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...