Assalamualaikum / selamat sejahtera
5 Ramadhan sudah....macam mana puasa? Insyallah moga baik- baik saje semua.
Ok..meh nak share desert berbuka semalam. Seperti biasa la kan...projek nak habiskan roti yg dah hampir ke tarikh expired...sekeping pun tdk berusik rotinya...dari dibuang....kita puding kan la dia ye tak...
Dan sebagai 'penyedap' buatkan la sosnya...walau tak berapa nak rajin! Rajin kan la juga tangan ni..baru nmpk classssss dan mnarik utk di makan bebudak ni...kan! clas la sngt hey..!!
Resepi kali ini sy ambik dari blog Hana's Family. Resepi yg sangat simpel dan mudah...tak percaya...sila cuba!
Sumber resepi ~ Hana's Family
Bahan-bahan
7-8 keping roti*
500 ml susu segar @ 2 cawan*
4 sudu besar gula halus* 2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu kecil serbuk cinnamon *syifa x letak
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *.
Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati.
Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad -
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
jadinya...lepas ni...stop dulu beli roti bulan puasa ni. ! Tak baik membazir kan...nak2 lagi bln mulia ni.
10 comments:
bagus tu ..elakkan pembaziran. memasak ni macam2 boleh jadi. kalau dulu2 roti tak tau buat ape, sekarang boleh jadi dessert yang sedap..
dessert peberet lieya ni...lagi2 kalo sejuk dari peti ais...aduhhh nyaman je lalu tekak ni hah....isshh teliur tgk puding roti gebus plak hahahahah
sedapnya pudding roti..bila nak buat lagi ni
Ada org suka disejukkan dulu Syifa, tapi kakak suka makan masa hangat-hangat..
Sedapnya. Ctk je rupa puding tu. Yummeh!
AM....lama dah okje tak buat ni....hari tu buang aje roti....malas nk buat punya pasal hehe....
yummy....thanks for resipi...
PS...salam perkenalan...diterjah dr blog kak izwa...
dah pernah buat.. rasa mcam nak buat lagi..serius!! :p
Samalah dgn yana..klu roti dh nk expired mmg jadi puding lah.. cepat pulak abisnya~~
yummyyyy..sedapnyeeee..
Post a Comment