"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Tuesday, July 16, 2013

Agar Agar permata ~ macam kak lina pg..

bukan nak bagi terliur di bulan puasa ni...

sekadar berkongsi resepi...


sedap sebagai dezet yg agak simpel juga, 

kaler2 tu...orng kata macam bagi menarik la utk dimakan....anak2 pun nak makan...tgk macam best jerrr...

tp mmg best pun...lepas buka..ini je yg duk diulang makan....sampai la habissssss...

thx pada K.Lina sudi share resepi ni, mohon copy juga resepi di sini ye kak....:)


Sumber : Kak Linapg
di try : asyifa

Bahan-Bahan

10g agar-agar serbuk
4 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1sk esen vanilla
Beberapa Pewarna kegemaran

Cara-Cara:

Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler)
Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru
Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
Sejukkan dalm esbok.


sudah habis...!!


19 comments:

KY Atie said...

eemm...sedap dan cantik, boleh cuba nanti

dapurCikWan said...

meh kak..antar kat wan sikit...hhihi

EmbunRosaliza said...

Assalam syifa, sedap tu puding permata, kaler maler tu dh mcm kak linapg dh tu heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Syifa. Mana permata untuk akak??? hehehe..

agar-agar sejuk dalam esbox memang laju jer habis, kan.. eh! senanglah nak buat ni, tapi stok serbuk jeli dah habis, kena beli lagi ni!!

LiNa_Pg said...

Wah...cantiknya...suka sangat ngan kaler dia sweet jer...
Terima kasih syifa sudi cube rcp akak yg simple ni

Cida de' Nuanza said...

cantik berseri2...

JaSSNaNi said...

amboiiii cantek nya.. i like wane dia.. semua nampak sweet je.. :) nak buat gak lah nanti.. :D

Kakzakie said...

Yg tambah berselera dan menarik sebab ada warna-warni tu Syifa.

faraherda.razalan said...

Bdk2 suke mkn puding mcm ni. Nak2 klu sejuk. Wahhh!

:: Mrs.Eady :: said...

oh sedap nyer!!

fairus mohamad noor said...

emm..menarik untuk di cuba..tq share

fazianbatrisyia said...

ala dah abis pulak....baru nak mintak sket...

Kesuma Angsana said...

wah best tu boleh dicuba nampak sedap & cantik, mudah pulak nak buat !

aizamia3 said...

ni baru tengok kata sedap.. tu belum rasa lagi.. ;) hehehe..

Ummiakid @ lily said...

berpinar-pinar mata nengok....sedap ni, nak-nak bolan pose nie....

mama sara nur said...

assalam syifa
akak duk simpan je resepi ni blm buat2 lg he hee
cantiklah warna warni
akak dpt tgk blog malam @ lepas sahur siang memang tak dan he hee takut terliur katakan he hee

Bin Muhammad said...

Cantiknya agar-agar dah macam perhiasan. rasanya pasti sedap sepadan dgn rupanya kan...

alin wawa said...

ermmm...berwarna-warni..menarik..anak2 mesti suka..harus dicuba..hihi..

azieazah said...

Wahhh sedap!
Dah lama saya tak buat agar-agar pelangi camnih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...