"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Thursday, July 18, 2013

Puding roti jem blueberry

Assalamualaikum.

Best cuaca pagi nie...mendung + sejukkkk...nyaman jer.....sahur pagi tadi pun ditemani hujan...:)

Line tenet hari nie ada sikit semput daa...kejap ada kejap x de..dah serupa macam cuaca jer...Ok, x yah nak bebel panjang2...hari ni nak share resepi puding roti.

Dah selamat pun dihabiskan, sebab buatnya isnin lepas, Isnin buat...baru hari nie nak up jadi entri...sungguh jadi pekasam sudah picnya...

Tau2 je lah bulan pose ni, bukan termakan sangat roti kan...time membeli kemain...x nak kalah...roti gandum lagi tu yg diguna nie...

Nak membuatnya...senang je.., selalu puding roti biasa tu je kan..kali ni kita sapu jem dulu...:D


bahan-bahan

Roti
Jem ( sebarang perasa, ikut suka lah, syifa guna blueberry)
3 sudu besar mentega dicairkan*
2 biji telur *
3 cawan susu segar/full cream * ~ ikut bnyk mana roti ye..!
1 sudu besar tepung jagung*
5 sudu besar gula halus*
1 sudu kecil esen vanila.*

Cara-cara :-

Sapukan jem pada roti, kemudian digulung, dan susun dalam bekas yg nak dibakar.
Satukan semua bahan yang bertanda * ke dalam bekas, kacau guna whisk je.
Tuangkan adunan bahan tadi ke atas roti yg siap disusun.
Biarkan seketika dalam 15 ke 20 minit supaya terserap.
Bakar pada suhu 170 darjah  selama 30minit.
Sejukkan..siap utk dihidang


Kat rumah nie guna sos coklat ready made jer...pun sedap...! makan camtu pun sedap gak....:)


19 comments:

Irfa said...

oh buh jem dlm roti tu
kreatif ;)

fazianbatrisyia said...

puding roti pesyen apa pun sedap...kalau sy lah...

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.627
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

ZazaMyMoon said...

idea baru ni letak jem.. nnt nak try lah..
haritu buat puding roti tp tak jadi hehe :)

fairus mohamad noor said...

waaaa...sedap tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang sedap! Akak penah buat, laku betul!!

faraherda.razalan said...

Cantik je rupa puding ni. Rasa pun mst sedap sbb ade jem blueberry. mkn lak dgn aiskrim vanila. Pehh!

:: Mrs.Eady :: said...

aaa sedap nyer!!!

JunAina said...

Menggoda betul yang dah siap tu.

dapurCikWan said...

akak...menu kita sama je..btw nanti cikwan try letak jem pulak...nampak sedap tu..blueberry...hmmm :))

Kesuma Angsana said...

tq share,,, nanti nak cuba buat !

inahar ali said...

akak bulan pose ni x menyempat nk wat kuih manisan segala..beli jek sokmo! tgk puding roti nih teringin gak nk wat..kt umah mmg x laku roti time pose..nmpaknyekena wat puding roti cenggini gak!

nea lopah said...

sedapnyaaaa...nnti nak cuba lah

Kakzakie said...

Syifa pandai menggayakan apa aje memanglah boleh jadi. Kalau kakak kena ada resepi baru terfikir nak buat.

aizamia3 said...

ni kalau ai.. rajin dengan idak je buat ni.. ;) ngeh3x..

Amie said...

Kreatif betullah nSyifa bubuh jem blueberry dalam puding roti tu... unik!
kalau hujan di pagi hari... rasa nak tarik balik selimut, tido je sampai hujan reda...

Tina Othman said...

Sedapnya lama tak makan puding roti

Qasey Honey said...

wah mngancam tgk puding bluebery tu kak..kreatif

lala yusof said...

best la tgk resepi ni, nk try cr bhn diale...selamat berbuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...